Remaja Asnaf Terpaksa ‘Ponteng’ Sekolah 2 Bulan Untuk Bantu Keluarga Kini Terima Sumbangan Motosikal

Berkat jaga ibu sakit, dapat rezeki tak disangka-sangka.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan semua remaja seusia 15 tahun melalui kehidupan yang mudah

Bagi Muhammad Syakir Iman Abdullah, seorang remaja dari Kampung Teluk Tenjuna, Kelantan, kesempitan hidup membuatkannya terpaksa 'ponteng' sekolah selama dua bulan demi mencari rezeki untuk keluarga.

Menurut laporan Harian Metro, kisahnya menyentuh hati ramai apabila dia terpaksa bekerja sebagai pemasang jubin demi meringankan beban keluarga, sambil menjaga ibunya yang menghidap kencing manis kronik serta masalah buah pinggang.

SAM Kelantan hulur bantuan

Kisah Syakir mendapat perhatian Gabungan Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) Kelantan. Tersentuh dengan nasib remaja itu, mereka tampil menghulurkan bantuan berupa sebuah motosikal jenis SM Sport.

Lebih menarik, motosikal itu dibawa meredah Sungai Kelantan menaiki bot penambang sebelum diserahkan sendiri kepada keluarga Syakir di kediamannya.

Penaung SAM Kelantan, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu selepas dimaklumkan bahawa Syakir terpaksa meninggalkan persekolahan demi menyara keluarga.

SAYS.com
Image via Harian Metro

"Kami dimaklumkan yang Muhammad Syakir terpaksa 'ponteng' sekolah selama dua bulan untuk bekerja sebagai pemasang jubin akibat kesempitan hidup keluarga.

"Situasi itu menyentuh hati kami sebelum membuat keputusan untuk menyumbang motosikal bagi kegunaan Muhammad Syakir ke sekolah.

"Kami harap Muhammad Syakir dapat memanfaatkan penggunaan motosikal ini. Dia tidak perlu lagi menumpang rakan atau guru untuk pergi atau pulang dari sekolah,"
katanya.

Syakir yang kini menuntut di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru Komprehensif 9 (K9) berkata, sebelum ini dia tinggal di asrama sekolah. Namun, demi menjaga ibunya yang sakit, dia memilih untuk tinggal di rumah.

"Sebelum ini, saya tinggal di asrama sekolah namun mengenangkan tahap kesihatan ibu yang menderita kencing manis kronik serta buah pinggang bernanah, saya ambil keputusan untuk tinggal di rumah bagi menjaga ibu.

"Setiap hari, ayah akan hantar saya terlebih dahulu ke sekolah sebelum ke Tadika bagi menghantar adik bongsu seterusnya baru ke tempat kerja untuk mengupas kelapa. Tamat sesi persekolahan, saya akan menumpang guru atau rakan untuk pulang.


"Insya-Allah, saya akan ambil lesen apabila sampai waktunya. Jika saya diterima masuk ke Kolej Vokasional, saya akan gunakannya sebagai pengangkutan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: