Remaja 15 Tahun Didakwa Jual Diri Di Telegram Selepas Trauma Dirogol

Kesian pula dengan nasib dia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Kelantan dilaporkan terjebak dengan kegiatan menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi Telegram, dipercayai berpunca daripada kekecewaan selepas menjadi mangsa rogol

Menurut laporan Kosmo!, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat selepas ibu kepada remaja berkenaan tampil membuat laporan polis baru-baru ini.

Beliau berkata, pada peringkat awalnya, remaja tersebut merupakan mangsa rogol. Namun, disebabkan tekanan dan rasa kecewa, dia akhirnya terjerumus ke dalam kancah pelacuran atas talian.

SAYS.com

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat

Image via Kosmo!

"Khidmat (tawaran seks melalui Telegram) itu memang berlaku. Pada awalnya, remaja terbabit merupakan mangsa rogol. Mungkin disebabkan rasa kecewa, benda ini berlaku. Ini satu kemungkinan dan kita masih belum dapat maklumat lanjut berapa lama tempoh remaja itu terlibat dengan kegiatan tersebut.

"Selain itu, kita juga menyiasat sama ada faktor kesusahan hidup atau aspek lain yang menyebabkan remaja terjebak dengan kegiatan tersebut,"
katanya.

Polis & JKM campur tangan

Difahamkan, kes terbabit kini sedang disiasat, termasuk dari sudut faktor kesusahan hidup yang mungkin mendorong remaja berkenaan mengambil jalan tersebut.

Pihak polis juga sedang mengambil keterangan daripada ibu bapa remaja itu bagi membantu siasatan. Memandangkan remaja itu masih di bawah umur, kes tersebut telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: