Raya Tanpa Ayah Buat Kali Pertama, Tindakan Anak Saudara ‘Chat’ Diri Sendiri Undang Sebak

Sedihnya baca, semoga adik ni terus kuat dan tabah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @_ajihah (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suasana hari raya yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan bertukar pilu apabila seorang remaja terpaksa menyambutnya tanpa insan paling disayangi, iaitu ayah tercinta

Perkongsian menyentuh hati itu tular di Threads apabila seorang individu berkongsi kisah anak saudaranya yang kini berada di tingkatan satu.

Remaja tersebut merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, dan tahun ini menjadi detik paling berat buat dirinya kerana pertama kali beraya tanpa ayah di sisi.

Menurut perkongsian itu, pada awalnya tiada siapa menyedari perubahan emosi yang dipendam oleh remaja tersebut. Dia dilihat seperti biasa, tidak menunjukkan kesedihan secara jelas.

Namun, satu momen kecil telah membuatkan ramai sebak membaca kisah tersebut.

Curi-curi ambil telefon arwah ayah dan mesej diri sendiri

Ketika sambutan raya, remaja itu tiba-tiba mengambil telefon milik arwah ayahnya. Pada mulanya, disangka dia hanya bermain seperti biasa. Tetapi hakikatnya jauh lebih menyayat hati.

Rupa-rupanya, dia menggunakan telefon tersebut untuk menghantar mesej kepada dirinya sendiri, seolah-olah sedang berbicara dengan arwah ayahnya.

Tindakan itu cukup menggambarkan betapa dalamnya rindu yang dipendam. Tanpa tangisan atau luahan kata, cara itu menjadi satu-satunya ruang untuk dia melepaskan perasaan.

"Dia chat diri dia sendiri guna fon ayah dia. Dia ni jenis tak tunjuk sedih. Tp tgok lah dekat belakang, dia macam mana. Semoga Ahmad Yusni Bin Mohd Yusof ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman aamiin. Al Fatihah Abg Yus," tulisnya.

Ramai netizen yang membaca kisah itu turut mengakui bahawa kesedihan sebenar kadangkala tidak dizahirkan dengan air mata, tetapi melalui tindakan kecil yang penuh makna

Antara komen warganet di laman Threads:

Lihat posting penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via