Ratusan Kondom & Ubat HIV Ditemui Dalam Perjumpaan Lelaki Songsang Di Kelantan – PDRM
Difahamkan, perjumpaan itu melibatkan lebih 100 lelaki berusia antara 20 hingga 30-an.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis Kelantan telah menggempur sebuah majlis sosial di sebuah banglo mewah di Kemumin, Kota Bharu baru-baru ini
Perjumpaan terbabit dipercayai melibatkan lebih 100 lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.
Serbuan yang dilakukan pada pertengahan Jun lalu itu dipercayai membongkar satu perjumpaan tertutup membabitkan golongan homoseksual.

Gambar sekadar hiasan.
Image via He Medical ClinicMengaku anjur majlis secara percuma dengan promosi di media sosial
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuan dilakukan pada jam 1 pagi hasil maklumat awam dan intipan yang dilakukan oleh pasukan khas.
"Semasa kami tiba di banglo tersebut, hanya tinggal lebih kurang 20 orang lelaki.
"Hasil siasatan awal mendapati mereka masih belum melakukan sebarang aktiviti persetubuhan, namun terdapat persiapan ke arah itu," katanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Image via Sinar HarianMenurut pihak berkuasa, hasil pemeriksaan lanjut di dalam premis tersebut menemui ratusan kondom serta pelbagai jenis ubat yang berkaitan rawatan HIV.
Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati kesemua individu yang terlibat mengaku merupakan sebahagian daripada komuniti gay, dan majlis tersebut dianjurkan secara percuma. Promosi bagi perjumpaan itu pula dipercayai telah dilakukan secara terbuka menerusi beberapa platform media sosial.
"Tiga individu didapati memiliki bahan lucah berunsur homoseksual dan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
"Sementara itu, selebihnya telah diambil keterangan. Ada antara mereka yang mengaku menawarkan khidmat seks sesama lelaki dan juga menghidap HIV. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang merupakan penjawat awam," katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan bahawa Polis Kelantan memandang serius perkara ini dan akan terus memantau kegiatan kumpulan berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 