Rasa Ingin Tahu Berakhir Cemas, Mangga ‘Terkunci’ Dalam Hidung Kanak-Kanak Lelaki

Pihak bomba telah dipanggil bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan objek tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Oddity Central
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan selepas kunci mangga kombinasi yang dimainkannya tersangkut di dalam lubang hidung

Memetik laporan Oddity Central, pihak bomba telah dipanggil bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan objek tersebut.

Insiden berkenaan menjadi bualan netizen selepas imej mangsa bersama kunci mangga tersebut tular di platform media sosial.

SAYS.com
Image via Oddity Central

Bermain mangga tersebut sehingga tidak sengaja 'terkunci'

Kejadian bermula apabila kanak-kanak tersebut secara tidak sengaja memasukkan kunci mangga ke dalam hidungnya semasa bermain. Apabila objek itu tersekat dan gagal dikeluarkan, dia segera mengadu kepada ibu bapanya.

Namun, bimbang akan risiko kecederaan dan kesakitan yang lebih teruk, mereka memutuskan untuk tidak menariknya sendiri.

Pihak bomba yang tiba di lokasi menilai bahawa tekanan atau tarikan secara paksa boleh mencederakan bahagian dalam hidung, terutamanya septum.

Oleh itu, pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk memotong kunci tersebut dengan berhati-hati.

Hasilnya, objek itu berjaya dikeluarkan dengan selamat, manakala mangsa dipuji kerana mampu kekal tenang sepanjang prosedur dijalankan.

SAYS.com
Image via Oddity Central

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: