Rasa Diri Tak Cantik, Nasihat Tasha Manshahar Untuk Anak Murid Undang Sebak
Mesti ramai boleh relate juga kan, hmm.
Cover image via @iamtashamanshahar (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, penyanyi, Tasha Manshahar mencuri tumpuan ramai apabila videonya menasihati anak murid membuatkan warganet sebak
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pada mulanya, dia saja merakam video sedang menanda buku tanpa apa-apa niat lain.
"Tiba-tiba ada murid datang mengadu yang this girl cakap dia tak layak ada kawan. Kita pulak taktahu boleh dengar benda macam ni. So terakamlah conversation ni. Hopefully ada kebaikan daripada perkongsian ni," katanya.

Bukan orang dewasa sahaja yang ada rasa insecurities, kanak-kanak pun sama juga
Anak muridnya itu mengadu dia tidak layak mempunyai kawan dan sedih mukanya seperti lelaki. Malah dia turut mengatakan suaranya tidak sedap.
Tasha yang tersentak dengan kata-kata anak muridnya itu pantas memberi nasihat dan pujian buat kanak-kanak tersebut supaya dia tidak merasa down.
"Jangan tak tahu, bukan adults je ada rasa insecure. Kids nowadays are already developing insecurities at such a young age because of many factors. Ini biasa je sebenarnya. Tanyalah mana-mana cikgu, we've seen worse than this," katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



