Rapid Rail Umum Panjangkan Waktu Operasi Sepanjang Bulan Ramadan Ini

Ia ekoran perubahan pola pergerakan penumpang sepanjang Ramadan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa Rapid Rail Sdn Bhd akan memanjangkan tempoh waktu puncak perkhidmatan rel sepanjang bulan Ramadan ini

Langkah tersebut diambil bagi menyesuaikan jadual operasi dengan perubahan corak perjalanan penumpang yang ingin pulang lebih awal untuk persediaan berbuka puasa.

Menurut laporan Bernama, pelarasan ini melibatkan waktu puncak pagi yang kini bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, berbanding jadual asal pada jam 7 pagi. Bagi waktu puncak petang pula, tempoh perkhidmatan dilanjutkan dari jam 4 petang sehingga 8 malam, lebih lama berbanding waktu biasa iaitu dari jam 5 petang hingga 7.30 malam.

"Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, meningkatkan keselesaan penumpang dan menjamin kecekapan operasi khususnya dalam mengurus pergerakan penumpang pada waktu perjalanan pulang awal untuk persediaan berbuka puasa," katanya.

SAYS.com
Image via Bernama

Siapsiaga hadapi gangguan perkhidmatan walaupun di bulan Ramadan

Kenyataan ini bagi menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) mengenai pelarasan jadual Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), ekoran perubahan pola pergerakan penumpang sepanjang Ramadan.

Menyentuh soal kesiapsiagaan menghadapi gangguan teknikal, Loke menegaskan bahawa pemantauan dilakukan secara berterusan dan tidak terhad pada bulan Ramadan sahaja.

"Namun, kita mengamalkan penyelenggaraan ramalan dan pencegahan sekarang iaitu untuk memastikan penyelenggaraan secara berkala kepada sistem kita dan juga (penyelenggaraan) kepada tren kita berjalan sepanjang masa untuk mengurangkan kebarangkalian berlakunya gangguan," katanya.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via Bernama

Meskipun gangguan teknikal kadangkala sukar dijangka, pelbagai strategi mitigasi telah diatur, termasuk menempatkan kakitangan teknikal di dalam tren serta latihan pengurusan stesen untuk mengawal aliran penumpang dan mengurangkan kesesakan.

Bagi menjawab soalan tambahan daripada Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) berkaitan prestasi penyelenggaraan, Loke mendedahkan bahawa jumlah insiden gangguan rel telah menunjukkan penurunan yang ketara sejak tahun 2022.

"Jadi memang ada penambahbaikan berterusan dan ini menunjukkan bahawa langkah mitigasi yang diambil oleh pihak Prasarana untuk memastikan penyelenggaraan ini dibuat dengan lebih baik telah pun membuahkan hasil.

"Kita meletakkan satu KPI bahawa kalau lebih daripada lima minit tren tidak berjalan, itu dikira gangguan. Jadi kita nak memastikan bahawa kalau berlaku gangguan, ia dapat dibaik pulih dengan secepat mungkin," katanya.

Kementerian Pengangkutan bersama Prasarana akan terus komited memperkasakan aspek komunikasi dan pengurusan penumpang demi memastikan perkhidmatan rel kekal cekap serta dipercayai oleh rakyat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: