Rapid On-Demand Umum Kadar Tambang Tetap RM2 Dilaksana Mulai 1 Februari Ini

Prasarana Malaysia Berhad turut merancang penambahan 300 unit van elektrik (EV) secara berperingkat mulai akhir 2027 hingga penghujung 2028.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Lowyat.NET & The Star
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkhidmatan Rapid On-Demand (ROD) akan melaksanakan kadar tambang tetap sebanyak RM2 bermula 1 Februari 2026, sekali gus menamatkan fasa tambang promosi RM1 yang diperkenalkan sebelum ini

Menurut laporan BERNAMA, perubahan struktur tambang itu akan melibatkan semua pengguna termasuk pemegang pas My50, Rapid Kota, Rapid Kembara dan Rapid Keluarga, selari dengan tamatnya tempoh Pembuktian Konsep (POC) perkhidmatan tersebut.

Ketua Jabatan Perancangan dan Strategi Prasarana Malaysia Berhad, Sharul Azwa Abd Rani berkata, tambang RM1 yang digunakan ketika ini hanyalah bersifat promosi dan tidak mencerminkan kadar sebenar perkhidmatan.

"Kadar semasa sebenarnya adalah tambang promosi RM1… jadi, tambang promosi ini akan berakhir seiring dengan tempoh POC (Pembuktian Konsep)… bermula 1 Feb 2026, tambang tetap akan dilaksanakan," katanya.

Menurut beliau, langkah menetapkan kadar tambang kekal itu merupakan sebahagian daripada usaha penstrukturan semula perkhidmatan bagi memastikan kelestarian operasi ROD dalam jangka panjang.

SAYS.com
Image via RinggitPlus

Dalam perkembangan sama, Prasarana Malaysia Berhad turut merancang penambahan 300 unit van elektrik (EV) ke dalam sistem ROD secara berperingkat mulai akhir 2027 hingga penghujung 2028

Penambahan tersebut bertujuan memperluas liputan perkhidmatan serta memperkukuh kecekapan operasi, khususnya di kawasan berpermintaan tinggi.

Sharul Azwa berkata, daripada jumlah itu, 130 unit van EV akan ditempatkan di Lembah Klang, manakala 170 unit lagi akan beroperasi di Pulau Pinang, selari dengan perancangan peluasan zon baharu.

"Di Lembah Klang, penambahan melibatkan 22 zon baharu manakala di Pulau Pinang sebanyak 23 zon akan ditambah," katanya lagi.

Setakat ini, perkidmatan Rapid On-Demand merangkumi 82 zon operasi di seluruh negara, dengan 71 zon di Lembah Klang dan 11 zon di Pulau Pinang.

Selain peluasan liputan, Prasarana turut memberi tumpuan terhadap penambahbaikan perkhidmatan untuk golongan kurang upaya, termasuk dari segi ciri operasi dan perancangan jangka panjang agar perkhidmatan ROD lebih inklusif dan mesra pengguna.

SAYS.com
Image via The StarImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: