Ranking FIFA Harimau Malaya Kini Berada Di Tangga Ke-116 Dunia!
Selamanya Harimau Malaya!
Cover image via Buletin TV3Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nampaknya langsung tidak menjadi penghalang buat skuad Harimau Malaya terus mempamerkan 'taring' di ranking FIFA
Dalam kemas kini ranking FIFA yang dikeluarkan lewat malam tadi, Malaysia melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-116 dunia, berbanding tangga ke-118 pada bulan lalu.
Peningkatan itu mengekalkan momentum konsisten skuad kendalian Peter Cklamovski, yang sebelum ini berada di ranking 131 pada April. Sejak itu, Malaysia mencatatkan siri keputusan kompetitif yang membantu memperbaiki kedudukan dalam sistem penarafan dunia tersebut.

Peningkatan ranking ini memberi petanda positif kepada Harimau Malaya menjelang aksi-aksi kompetitif seterusnya, sekali gus menjadi bukti bahawa isu luar padang tidak menggugat usaha pemain dan barisan kejurulatihan untuk terus mengangkat martabat bola sepak negara
Di peringkat Asia Tenggara, kedudukan Malaysia kini berada di belakang Thailand (95) dan Vietnam (110), namun kekal sebagai antara pasukan yang menunjukkan perkembangan paling stabil sepanjang tahun ini. Negara jiran lain pula berada lebih bawah, termasuk Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).
Dalam ranking Asia, Jepun terus memimpin sebagai pasukan terbaik benua di tangga 18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22)—tiga kuasa besar Asia yang konsisten berada dalam kelompok teratas.
Sementara itu, di peringkat global, Sepanyol mengekalkan kedudukan sebagai pasukan nombor satu dunia, manakala Argentina dan Perancis masing-masing menghuni tempat kedua dan ketiga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



