Ramly Burger Umum Kekalkan Harga Biasa, Cadangan Kenaikan Bakal Ditangguh

Difahamkan, syarikat itu bakal berunding dengan KPDN terlebih dahulu sebelum menaikkan harga.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Ramly & RAMLY Burger (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memanggil pihak pengurusan syarikat makanan sejuk beku popular, Ramly Burger

Ia susulan penularan dakwaan mengenai kenaikan harga produk mereka yang mencetuskan pelbagai reaksi dan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Langkah ini diambil bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu kenaikan harga dan untuk memastikan tiada unsur pencatutan atau kenaikan tidak munasabah yang boleh membebankan pengguna, khususnya dalam situasi kos sara hidup yang semakin mencabar.

SAYS.com
Image via RAMLY Burger (Facebook)

Jelaskan kos kenaikan harga berdasarkan penyelarasan kos operasi

Menerusi laporan Buletin TV3, Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali memberitahu sesi pertemuan bersama syarikat itu diadakan pada Selasa lalu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan.

KPDN turut telah mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada syarikat tersebut bagi meminta penjelasan terperinci serta justifikasi berhubung pergerakan harga produk tersebut.

SAYS.com

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali.

Image via Buletin TV3

"Kita telah keluarkan notis di bawah Seksyen 21 bagi mendapatkan maklumat daripada syarikat Ramly Burger berkaitan apakah asas kenaikan harga itu.

"Syarikat itu telah memaklumkan pada 1 Julai bahawa mereka menangguhkan terlebih dahulu kenaikan kepada harga tersebut kepada satu tarikh yang akan diumumkan," katanya.

Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan menjelaskan bahawa perubahan harga itu tidak berkaitan dengan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebaliknya, dilakukan berdasarkan penyelarasan kos operasi secara keseluruhan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: