Ramai Wanita Malaysia Kantoi Tipu Sijil Cerai & Kematian Untuk Kahwin Baharu Di Thailand?

Difahamkan, ada yang sanggup berbuat demikian bagi mengelak proses semakan sebelum akad nikah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini Majlis Agama Islam Narathiwat mendedahkan satu trend mengejutkan, di mana beberapa wanita Malaysia didapati menipu dengan menyerahkan sijil cerai atau sijil kematian palsu untuk membolehkan mereka berkahwin semula di selatan Thailand

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat iaitu Abdul Aziz Che Mamat berkata, kes sebegitu telah dikesan sejak beberapa tahun lalu, dengan kebanyakan individu terbabit berasal dari Kelantan.

"Kami telah merekodkan banyak kes di mana wanita Malaysia menyerahkan dokumen palsu yang mendakwa mereka telah bercerai atau menjadi balu untuk memudahkan perkahwinan semula di selatan Thailand," katanya.

Menurutnya, ada yang sanggup mengubah nama dan tarikh pada dokumen rasmi, termasuk memalsukan sijil cerai, semata-mata untuk mengelak proses semakan sebelum akad nikah.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Beautifulnara

Ada yang kahwin, lepas itu suami sebenar datang muncul

Beliau menegaskan, pihaknya akan menghentikan proses akad nikah serta-merta jika mengesan penipuan.

Abdul Aziz berkata, kebanyakan wanita itu sebenarnya memang telah bercerai, cuma belum menerima sijil cerai rasmi atau kehilangan dokumen berkenaan.

"Terdapat kes di mana pegawai saya, yang tidak menyedari penipuan tersebut, membenarkan perkahwinan diteruskan.

"Namun, pendaftaran perkahwinan itu kemudiannya dibatalkan selepas suami sebenar tampil memaklumkan bahawa dia masih hidup dan mereka sebenarnya belum bercerai
.

"Wanita-wanita ini mungkin terlalu teruja untuk berkahwin dengan pasangan baharu dan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempercepatkan proses perkahwinan," katanya lagi.

Lelaki Malaysia yang ingin berkahwin dengan wanita bercerai di selatan Thailand disarankan wajib kemukakan salinan sijil cerai atau sijil kematian suami terdahulu

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jurunikah Kg Pandan (Facebook)

Jika tidak, tindakan tidak jujur itu boleh menjejaskan status sah perkahwinan dan masa depan anak-anak, termasuk urusan dokumentasi pengenalan, kewarganegaraan, dan pewarisan.

"Anak-anak ini boleh berdepan masalah semasa pendaftaran kelahiran, pendaftaran sekolah, atau dalam membuktikan status sah taraf mereka di kemudian hari," katanya.

Sebagai langkah pencegahan, majlis kini memperketat prosedur untuk perkahwinan rentas sempadan, khususnya yang melibatkan warganegara asing.

Abdul Aziz turut berkongsi bahawa usaha membanteras perkahwinan haram dan meragukan kini menunjukkan hasil positif, termasuk penurunan kes sindiket dan perkahwinan bawah umur, hasil kerjasama yang lebih baik dan peningkatan kesedaran melalui program hebahan serta taklimat pendidikan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: