Ramai Tersentuh Tengok Aisar Khaled Hadiahkan Motosikal & Pakej Umrah Kepada Guru Mengaji Indonesia

MashaAllah, sebak pula tengok.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled, sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas tindakannya membantu seorang guru mengaji dari Indonesia yang tular kerana kisah hidupnya yang susah

Menerusi video di laman Threads, guru mengaji tersebut sebelum ini menjadi tular di media sosial apabila didedahkan dia terpaksa berjalan kaki ke tempat mengajar, malah ada kalanya menahan lapar demi memastikan anak-anak muridnya terus belajar mengaji.

Tersentuh dengan kisah tersebut, Aisar mengakui dia berasa terpanggil untuk datang sendiri bertemu guru itu bagi melihat keadaannya dengan lebih dekat.

Difahamkan, guru berkenaan mengajar seramai 40 orang murid dan tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi walaupun berdepan pelbagai cabaran hidup.

Lebih menyayat hati, isteri guru tersebut memaklumkan bahawa suaminya perlu berjalan kaki dalam jarak yang jauh setiap hari untuk ke lokasi mengajar kerana tidak mempunyai kenderaan

Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan, Aisar bukan sahaja memberikan sumbangan wang tunai, malah turut menghadiahkan sebuah motosikal bagi memudahkan urusan harian guru tersebut.

Apa yang lebih mengharukan, Aisar juga menghadiahkan pakej umrah kepada guru mengaji itu, sekali gus membuatkan ramai netizen turut sebak melihat reaksi penerima sumbangan tersebut.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memuji keikhlasan Aisar dan berharap agar lebih ramai individu terinspirasi untuk menghargai jasa para guru agama yang berkorban demi mendidik generasi muda.

Lihat video penuh di bawah:

Instagram will load in the frontend.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via