Ramai ‘Terkena’, Beg Prada RM450 Sebenarnya Palsu Walaupun Dipromosi Selebriti

Para penilai barangan mewah yang hadir pada sidang media itu mengesahkan bahawa semua produk tersebut adalah palsu.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia didakwa menjadi mangsa penipuan selepas mendapati barangan mewah yang dibeli melalui sebuah platform yang dipromosikan selebriti dan influencer rupa-rupanya palsu

Menurut laporan China Press, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan Pemuda MCA Johor, Henry Mok, mendedahkan perkara itu dalam sidang media semalam (28 Ogos) selepas menerima 20 aduan mengenai kes berkenaan.

Difahamkan, beberapa selebriti terkenal dari Hong Kong dan Taiwan, selain influencer tempatan, turut terlibat mempromosikan platform siaran langsung itu yang menjual barangan mewah dengan slogan seperti "10 kali ganti rugi jika palsu".

Antara barangan yang ditawarkan termasuk beg tangan jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Coach, Prada, dan Chanel, selain pakaian, kasut, minyak wangi, dan produk kosmetik.

Bagi menambah keyakinan pembeli, platform tersebut kerap menggunakan nama selebriti dan influencer, malah ada kalanya menyiarkan siaran langsung dari luar negara.

Mereka turut mendakwa barangan dijual datang daripada kedai bebas cukai atau premium outlet, selain sering mengadakan promosi ulang tahun dan hari jadi dengan tawaran pulangan kredit belian jika pelanggan berbelanja lebih.

SAYS.com

Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan Pemuda MCA Johor, Henry Mok (kanan) ketika sidang media berhubung isu penipuan barangan mewah palsu itu.

Image via China Press
SAYS.com

Tiga penilai barangan mewah turut hadir ke sidang media berkenaan dan mengesahkan bahawa semua barangan yang dijual melalui platform tersebut adalah palsu

Jika beg tangan asli berharga ribuan hingga puluhan ribu ringgit, platform itu menjualnya dengan harga ratusan hingga sedikit melebihi seribu ringgit sahaja.

Sebagai contoh, sebuah beg Louis Vuitton (LV) dilaporkan dijual pada harga RM1,999 manakala beg Prada hanya RM450, ia adalah harga yang menurut penilai jelas terlalu murah untuk menjadi kenyataan.

Salah seorang mangsa, Yin, seorang ahli perniagaan berusia 55 tahun, mendedahkan beliau telah membelanjakan lebih RM30,000 untuk membeli lebih 200 barangan dari platform itu sejak tahun lalu.

Katanya, dia tidak pernah mempunyai pengalaman membeli barangan berjenama sebelum ini, namun yakin kerana terpengaruh dengan promosi selebriti.

Malah, Yin bukan sahaja membeli untuk diri sendiri, tetapi juga menghadiahkan barangan itu kepada rakan-rakan.

"Sekarang saya rasa sangat malu, rasa macam nak gali lubang dan sembunyi,"
ujarnya.

Penilai barangan mewah menasihatkan pengguna agar sentiasa meminta bukti ketulenan seperti sijil daripada peniaga sebelum membuat pembelian.

Sementara itu, Henry Mok menggesa pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk segera menjalankan siasatan.

SAYS.com

Beberapa mangsa penipuan barangan mewah palsu turut hadir pada sidang media berkenaan.

Image via Sin Chew Daily
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: