Ramai Tak Tahu Fungsi Sebenar Garisan Kuning Di Lebuh Raya – “Boleh Kurangkan Risiko Kemalangan?”

Garisan kuning ini sangat membantu sebenarnya.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau anda pernah memandu di lebuh raya Malaysia, pasti anda pernah terasa gegaran dan bunyi kuat apabila tayar melalui garisan kuning melintang di atas jalan raya

Ramai menyangka ia sekadar cat jalan biasa, tetapi sebenarnya ia merupakan sebahagian daripada sistem keselamatan jalan raya yang direka khas untuk menarik perhatian pemandu.

Garisan tersebut dikenali sebagai transverse rumble strips atau jalur gegaran melintang dan ia digunakan secara meluas di lebuh raya seluruh negara bagi membantu mengurangkan risiko kemalangan.

Jalur ini biasanya dipasang sebelum plaza tol, simpang, selekoh tajam dan kawasan berisiko tinggi lain. Apabila kenderaan melaluinya, tayar akan menghasilkan bunyi gegaran kuat serta getaran yang jelas dirasai dalam kereta.

SAYS.com
Image via Intan Traffic Engineering Sdn Bhd

Tujuannya adalah untuk:

  • Mengembalikan fokus pemandu kepada jalan raya
  • Memberi amaran awal supaya memperlahankan kenderaan
  • Mengurangkan risiko terlepas simpang atau membrek terlalu lewat

Menariknya, garisan kuning ini bukan dibuat menggunakan cat biasa

Ia menggunakan bahan thermoplastic berdaya cengkaman tinggi yang lebih tahan lasak terhadap hujan, panas dan trafik berat.

Permukaannya direka dalam bentuk timbul atau beralur supaya menghasilkan kesan gegaran apabila dilalui tayar. Kesan fizikal itu penting kerana ia mampu 'mengejutkan' pemandu yang mula hilang fokus akibat perjalanan jauh atau keadaan jalan yang terlalu mendatar.

SAYS.com
Image via Intan Traffic Engineering Sdn Bhd

Walaupun warna kuning paling biasa digunakan, ada juga pengeluar tempatan yang menggunakan thermoplastic merah bagi meningkatkan lagi tahap penglihatan dan cengkaman jalan.

Sistem ini sangat penting terutama di lebuh raya Malaysia yang panjang, lurus dan berulang dari segi visual. Keadaan sebegini boleh menyebabkan keletihan pemandu dan tindak balas yang lebih lambat, khususnya ketika menghampiri kawasan pertukaran kelajuan atau susur keluar.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Civil Engineering Research Journal pada tahun 2019, penggunaan jalur gegaran melintang di Malaysia berjaya membantu mengurangkan purata kelajuan kenderaan antara sekitar 4 km/j hingga 10 km/j di kawasan berisiko tinggi seperti selekoh dan persimpangan.

Secara keseluruhannya, garisan kuning ini bukan sekadar penanda jalan biasa, tetapi sebahagian daripada strategi keselamatan lebuh raya yang membantu 'mendidik' tingkah laku pemandu secara langsung ketika memandu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: