Ramai Sebak Bila Nama Zara Qairina Dipilih Untuk Bayi Perempuan Yang Baru Lahir Ini

Difahamkan, semua jururawat di wad berkenaan sebak apabila mengetahui nama yang dipilih.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kelahiran seorang bayi perempuan yang dinamakan Zara Qairina baru-baru ini telah menyentuh hati warga Unit Kesihatan Keluarga di sebuah hospital kerajaan

Menerusi perkongsian seorang jururawat, Norazlina yang mesra dipanggil Misi Konah di Facebook.

Difahamkan, nama bayi itu dipilih sempena nama seorang pelajar sekolah agama di Sabah yang meninggal baru-baru ini.

Sebak lepas dapat tahu nama anak

Menurutnya, sebaik sahaja ibu bayi berkenaan memberitahu nama yang dipilih, suasana wad menjadi sebak.

Malah, para jururawat yang ada ketika itu turut merasa terharu dan menganggap pemilihan nama tersebut penuh dengan makna serta doa yang mendalam.

"Acik Misi Konah terharu semalam, sebab bila tanya mak, siapa nama anak ini. Mak cakap, Zara Qairina, sempena nama pelajar sekolah agama yang meninggal di Sabah bulan lalu.

"Acik Misi Konah punyalah terharu bukan kepalang, sampai dia usung Zara jumpa semua acik-acik misi dalam MCH. Bila diperkenalkan nama Zara sebagai Zara Qairina, semua acik-acik berbaju putih, biru terang, biru gelap itu serta merta menadah tangan," katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan doa dan ucapan baik-baik buat bayi kecil itu.

Ramai yang mendoakan agar Zara Qairina membesar dengan sihat, menjadi anak solehah, serta sentiasa dilindungi Allah SWT.

SAYS.com
Image via Norazlina Sadzali (Facebook)Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik