Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Ringkas Ustaz Azhar Idrus Mengenai Beza Talak 1, 2 & 3
Setiap pasangan yang sudah berkahwin kena tahu perbezaan talak ini.
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu talak bukan perkara kecil dalam sesebuah perkahwinan
Walaupun ia dibenarkan dalam Islam, proses ini mempunyai garis panduan yang jelas bagi memastikan keadilan kepada kedua-dua pihak, termasuk anak-anak.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil menjelaskan perbezaan antara talak satu, dua dan tiga yang sering disalah faham oleh masyarakat.

"Allah beri kita tiga kali talak dan perlu dijaga. Makna talak lepas atau buka, akad pula maksudnya simpul.
"Dalam Al-Quran, talak itu dua kali sahaja, maksudnya talak yang boleh dirujuk. Kalau selepas dua kali, kamu talakkan lagi maka sudah tiga kali dan tidak boleh menjadi suaminya sampailah bekas isteri kamu berkahwin, kemudian bercerai dengan lelaki lain," katanya.
Ini bermaksud, jika pasangan bercerai dengan talak satu atau dua, mereka masih boleh kembali bersama dalam tempoh iddah tanpa perlu akad nikah baharu.
Namun, situasi berubah apabila talak tiga berlaku
Talak ini dikenali sebagai bain kubra, iaitu perpisahan muktamad. Dalam keadaan ini, pasangan tidak boleh rujuk atau bernikah semula, kecuali bekas isteri telah berkahwin dengan lelaki lain, kemudian bercerai secara sah.
Selain itu, terdapat juga kategori bain sughra, seperti perceraian sebelum persetubuhan, di mana pasangan tidak boleh rujuk tetapi masih boleh bernikah semula.
Kesimpulannya, memahami jenis-jenis talak sangat penting agar setiap keputusan yang dibuat tidak melanggar syariat dan tidak menzalimi mana-mana pihak.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



