Ramai Keliru Kalau Sejadah Terbalik Sebenarnya Sah Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Sekarang dah tahu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam melaksanakan ibadah solat, kekeliruan sering timbul dalam kalangan masyarakat mengenai isu-isu yang dianggap remeh

Kebimbangan ini lazimnya tertumpu kepada perkara-perkara kecil yang berlaku secara tidak sengaja ketika seseorang itu mendirikan solat.

Antara isu yang paling kerap menjadi persoalan dan perbincangan adalah berkaitan dengan kedudukan sejadah yang terbalik, corak sejadah yang tidak menghadap kiblat dengan betul, ataupun kesilapan meletakkan bahagian kepala sejadah.

Kebimbangan utama yang mendorong persoalan ini adalah sama ada aspek-aspek minor ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah solat mereka.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kashoorga

Solat tetap sah selagi menghadap kiblat

Menurut penjelasan dari Ustaz Noor Hafiz Halip, seorang guru KAFA, melalui perkongsian video di YouTube, solat seseorang tetap dianggap sah selagi bahagian dadanya menghadap kiblat dengan tepat, walaupun sejadah yang digunakan berada dalam keadaan terbalik.

Beliau menegaskan bahawa kesahihan solat tidak terjejas oleh kedudukan sejadah jika seseorang itu menjaga semua syarat sah dan rukun solat, termasuklah penetapan arah kiblat.

Ustaz Noor Hafiz menjelaskan, "Ini kerana, sejadah bukan termasuk dalam perkara wajib atau syarat yang menentukan sah batalnya ibadah tersebut. Solat hanya menjadi tidak sah jika tubuh tidak menghadap kiblat bukannya kerana kedudukan sejadah itu sendiri."

Namun, beliau turut memberikan peringatan tentang isu waktu solat.

"Jika tersalah solat kerana tidak memeriksa waktu terlebih dahulu, maka seseorang perlu mengulangi solat dengan niat yang betul dan pada waktu yang tepat," jelasnya.

Penjelasan ini turut disokong oleh akaun Thread @waktusolatmy, yang memberikan respons selepas seorang warganet meluahkan bahawa dia baru menyedari sejadahnya terbalik sebaik sahaja selesai menunaikan solat.

"Sejadah terbalik tak mengapa, asalkan kiblatnya betul. Solat masih sah. Jangan dah habis solat Subuh baru perasan sebenarnya baru masuk waktu Isya'…ha. Yang tu, kena lah pasang niat solat yang betul." jelas akaun itu.

SAYS.com
Image via Thread

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik