Ramai Ingatkan Recording, Rupanya Lagu UiTM Di Hatiku Dinyanyikan Secara Live Di Majlis Konvokesyen

Suara semua sedap sampai tak cam dah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, majlis konvokesyen merupakan antara momen paling indah dan bermakna buat setiap graduan

Setelah bertahun-tahun berjuang dengan penat lelah menimba ilmu, akhirnya segala usaha itu berbaloi apabila dapat menggenggam segulung sijil di pentas keramat.

Menariknya, setiap universiti mempunyai cara tersendiri untuk meraikan kejayaan para graduan.

Ada yang menampilkan persembahan khas, ada juga yang menekankan keunikan tradisi universiti masing-masing bagi menjadikan hari konvokesyen lebih istimewa.

SAYS.com
Image via @rhapsodyrising4you (TikTok)

Ramai baru tahu lagu UiTM sebenarnya dinyanyikan live semasa majlis konvokesyen

Menerusi perkongsian di TikTok @rhapsodyrising4you, kumpulan koir Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah memuat naik rakaman nyanyian mereka.

Dalam video tersebut, kelihatan kumpulan koir sedang mempersembahkan lagu tema UiTM yang cukup ikonik iaitu "UiTM Di Hatiku" yang menjadi simbolik buat para graduan universiti itu.

Menariknya, nyanyian mereka berjaya mencuri perhatian ramai apabila rata-rata warganet baru menyedari bahawa lagu tersebut sebenarnya dinyanyikan secara live dan bukannya rakaman.

Ruangan komen juga dipenuhi dengan pelbagai reaksi kagum serta rasa bangga netizen terhadap keunikan tradisi UiTM itu.

Namun begitu, pemilik akaun tersebut menjelaskan bahawa nyanyian secara live lagu UiTM hanya dipersembahkan pada sidang pertama sahaja, manakala bagi sidang seterusnya ia dimainkan melalui muzik rakaman.

"Only sidang 1 je live choir dan orchestra, sidang seterusnya sampai last sidang semua pasang music track dari pihak Konvokesyen UiTM," balasnya.

Lihat video di bawah:

@rhapsodyrising4you

hello everyoneee, we just hit 1M views on our UiTM Di Hatiku's Convo-102 on tiktok!! alhamdulillah, thank you so much for all the love and support that you guys have given to us 🥹 we truly appreciate every single compliments and criticisms that yall have written 🫶🏼 it is truly beautiful to have known each experiences that yall have as an alumni and we've never felt so close to yall 🤍 since yall have given it so much love; to celebrate it, here's the POV version of UiTM Di Hatiku_Convo-102 by Rhapsody Rising Vocal Ensemble (SATB) 🥰 enjoyy! @Jatyonceee @sloopydoopy @matcha tak alah 🍵 @TORROWBOII @zzz.fiq @boi @sabeena @albedo's wife <3 @AzieDarwish #RhapsodyRisingVocalEnsemble #uitmconvocation102 #uitmdihatiku #RRVE #choir

♬ original sound – Rhapsody Rising – Rhapsody Rising

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest