Ramai Ibu Bapa Takut Nak Cucuk Vaksin Demam Campak Untuk Anak, Ini Penjelasan Dr Malar

Apa-apa pun, terpulang kepada hak masing-masing.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, timbul isu kerisauan dalam kalangan ibu bapa di Malaysia untuk mengambil vaksin demam campak atau Measles kepada anak-anak

Tular di laman sosial, ada yang berkongsi kesan kepada anak mereka selepas mengambil vaksin tersebut. Ada yang demam panas, ada yang tiba-tiba sawan dan terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan.

Perkara tersebut menimbulkan perdebatan di mana perlu atau tidak vaksin tersebut diambil untuk anak-anak.

Walau bagaimanapun, Dr Malar baru-baru ini tambil memberi penjelasan tentang tujuan dan kesan sampingan sekiranya vaksin itu tidak diambil dari awal.

Demam campak boleh membawa maut jika tidak ditangani

Menurut Dr Malar, terdapat beberapa kesan sampingan jika vaksin demam campak tidak diambil.

"Parents yang takut kesan sampingan vaksin ni, korang tak takut ke kesan dan komplikasi penyakit demam campak tu sendiri? Yakni penyakit Measles tu sendiri.

"Measles dalam dalam bahasa Melayunya demam campak. Demam campak ni bukan setakat ruam dan demam biasa je tau. Campak boleh menyebabkan jangkitan paru-paru iaitu Pneumonia.

"Ia juga boleh menyebabkan jangkitan otak sehingga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa,"
katanya.

Boleh tingkatkan kesan jangka panjang seperti kerosakan otak kekal, hilang pendengaran atau kelewatan perkembangan

Menurutnya lagi, walaupun jangkitan Measles hanya sekejap, ia masih boleh meninggalkan komplikasi jangka masa panjang iaitu masalah pembelajaran dan fokus serta sistem imun jadi lemah berbulan-bulan.

Sebagai rekod, kes demam campak di Malaysia pada tahun 2023 adalah sebanyak 2,002 dan meningkat kepada 3,791 kes pada tahun 2024.

"Kebanyakan kes berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang tak divaksin. Wahai ibu bapa di luar sana, vaksin demam campak ni bukan vaksin yang baru. Ia dah digunakan lebih 50 tahun.

"Tahap keberkesanannya adalah lebih 95% kalau cukup dua dos. Jadi tolonglah fikir panjang. Vaksin bukan musuh, vaksi adalah penyelamat,"
katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik