Ramadan 2026 Jatuh Pada Sambutan Tahun Baru Cina, Trafik Luar Biasa Dijangka Meningkat
Buat pertama kalinya dua sambutan dalam satu masa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umat Islam di Malaysia dijangka memulakan ibadah puasa pada 18 Februari 2026, tarikh yang secara kebetulan jatuh sehari selepas sambutan Tahun Baru Cina yang bermula 17 hingga 18 Februari 2026

Menurut laporan Kosmo!, fenomena itu mencetuskan situasi unik apabila minggu pertama Ramadan berlangsung dalam suasana cuti panjang, melibatkan pelajar sekolah dan sebahagian besar penjawat awam di seluruh negara.
Berdasarkan Kalendar Akademik 2026 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu) akan bercuti 15 hingga 19 Februari 2026, manakala Kumpulan B (negeri lain termasuk Selangor, Johor dan Sabah) bercuti 16 hingga 20 Februari 2026.
Cuti serentak dua perayaan besar ini dijangka memberi peluang kepada keluarga Islam untuk membuat persiapan awal Ramadan seperti pulang ke kampung halaman, membeli kelengkapan ibadah dan menyusun keperluan sahur serta berbuka puasa.

Namun begitu, pihak berkuasa menjangka aliran trafik di lebuh raya utama bakal meningkat luar biasa, berikutan pertembungan dua kelompok besar pengguna jalan raya, iaitu masyarakat Cina yang pulang menyambut Tahun Baharu dan umat Islam yang bersiap menyambut Ramadan
Fenomena tersebut turut dijangka merancakkan ekonomi tempatan, khususnya di sektor runcit, pengangkutan dan perhotelan, memandangkan tempoh cuti yang panjang bakal mendorong peningkatan aktiviti pelancongan domestik dan pergerakan antara negeri.
Ramadan 2026 bukan sekadar menandakan permulaan bulan penuh keberkatan, tetapi juga momen jarang berlaku di mana dua budaya besar Malaysia diraikan dalam tempoh yang hampir serentak, menggambarkan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 