Rakyat Malaysia Kongsi Lokasi ‘Rare’ Yang Nampak View Genting Highland, Paling Jauh Sampai Sekinchan!

Macam-macam POV boleh tengok.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka, pemandangan ikonik Genting Highlands yang sering kita lihat dari lebuh raya KL-Karak rupa-rupanya boleh dilihat dari lokasi-lokasi yang jauh di luar jangkaan

Antaranya termasuk dari kawasan Sekinchan yang terletak lebih 80km jauhnya.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia berkongsi di media sosial mengenai spot-spot 'rahsia' dan kawasan tinggi di sekitar Lembah Klang, Cyberjaya, Selangor dan Pahang yang membolehkan mereka melihat puncak Genting Highlands dengan jelas, terutama pada hari cuaca cerah dan langit terbuka luas.

Paling kami tak sangka, ada yang cakap mereka boleh nampak Genting Highland dari Sekinchan yang lebih 80km jauhnya!

Netizen kongsikan view pemandangan Genting Highlands dari lokasi masing-masing

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna bernama @Shah Om berkongsi satu fakta menarik tentang Genting Highlands.

Dia memberitahu sebenarnya boleh dilihat dari pelbagai lokasi jauh, asalkan cuaca cerah dan langit tidak berawan.

"Rekod paling jauh aku pernah nampak Genting? Dari asrama sekolah aku kat Klang. Tingkat 4, waktu malam, boleh nampak jelas lampu logo Genting menyala terang," tulisnya.

SAYS.com
Image via @sh_hassan21 (Threads)

Perkongsian itu ternyata mencuri perhatian ramai, apabila netizen mula memuat naik gambar dan cerita masing-masing tentang lokasi mereka yang turut dapat menikmati pemandangan puncak Genting Highlands dari kejauhan.

Okay jom kita lihat antara perkongsian view menarik dari netizen!

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Wow! macam-macam view ada ya 😀

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik