Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tidak Berlindung Di Dalam Tandas Jika Berlaku Kebakaran

Perkara ini telah menjadi trend membimbangkan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai diingatkan untuk tidak berlindung di dalam bilik air atau tandas ketika kebakaran

Nasihat ini telah diberikan susulan beberapa kes mangsa ditemui meninggal dunia di bilik air atau tandas di dalam kejadian kebakaran.

Menurut laporan dari Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata ruang itu mempunyai pengudaraan terhad dan boleh dipenuhi asap dengan cepat sekaligus menurunkan paras oksigen dengan pantas dan mangsa boleh pengsan dalam beberapa minit sahaja.

SAYS.com
Image via Bernama/New Straits Times

Trend yang membimbangkan apabila banyak kes yang sama berlaku

"Trend ini membimbangkan apabila kes kebakaran meningkat dan kebanyakan mangsa ditemukan dalam tandas atau bilik air. Mereka tidak tahu suhu air meningkat. Mereka ingatkan itu adalah jalan selamat," kata Hannah Yeoh.

Tambahan lagi, Hannah juga menjelaskan mangsa yang berada di dalam air juga sukar dikesan oleh anggota penyelamat kerana pasukan bomba secara lazim akan memeriksa ruang utama seperti ruang tamu dan bilik tidur terlebih dahulu.

Penduduk perlulah mengenal pasti laluan kecemasan di bangunan masing-masing tambah beliau lagi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Mauricio Krupka Buendia / Pexels

Jika tidak dapat keluar, beliau telah menasihatkan penduduk supaya berada di bilik yang mempunyai tingkap menghadap ke luar bangunan serta menutup celah bawah pintu menggunakan kain atau tuala yang dibasakan bagi menghalang asap masuk.

"Pada 2024, kes pertama adalah di hadapan Scott Garden, ada dua lelaki meninggal dunia. Kemudian satu lagi di Jalan Tepian Loke Yew, satu kanak-kanak meninggal dunia. Semuanya dalam bilik air," ujar beliau.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Malaysian Gazette

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Hassan 'As'ari Omar mengatakan statistik menunjukkan beberapa kes mangsa kebakaran ditemukan di dalam bilik air di sekitar ibu negara adalah tiga pada tahun 2024 dan lima pada tahun 2025.

Hassan 'As'ari juga mengulas punca kebakaran bangunan strata majoritinya adalah daripada masalah elektrik selain kecuaian mereka termasuk penggunaan peralatan elektrik yang tidak mempunyai pensijilan keselamatan atau membeli barangan elektrik murah secara dalam talian.

Beliau juga berpesan untuk menuntu kerjasama semua pihak termasuk badan pengurusan bangunan bagi memastikan tahap keselamatan kebakaran sentiasa di tahap yang terbaik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: