Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tangguh Perjalanan Sementara Ke Timur Tengah Termasuk Umrah

Rakyat Malaysia digesa untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Diplomatik Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & The Star
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Luar Negeri telah menasihati rakyat Malaysia untuk menangguh perjalanan ke negara Timur Tengah

Menurut laporan dari Harian Metro, kenyataan ini dibuat oleh Wisma Putra susulan peningkatan ketegangan konflik di rantau itu.

Nasihat perjalanan ini akan terus berkuat kuasa sehingga satu masa yang dimaklumkan nanti.

"Sehubungan itu, Wisma Putra memohon kerjasama dan kefahaman semua pihak, termasuk agensi pelancongan," kata Wisma Putra.

Perjalanan ke Timur Tengah perlu ditangguhkan

Kementerian juga sedang bekerjasama dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia berkaitan penerbangan untuk usaha evakuasi rakyat Malaysia yang terkandas.

"Pada masa yang sama, kementerian sedang bekerjasama dengan Perwakilan Diplomatik Malaysia, kerajaan negara berkaitan serta syarikat penerbangan bagi mengatur usaha evakuasi rakyat Malaysia yang terkandas susulan penggantungan penerbangan dan penutupan ruang udara." kataya.

Usaha untuk evakuasi ini juga membabitkan rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via REUTERS

Rakyat Malaysia digesa untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat perhubungan dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Diplomatik Malaysia yang terdekat atau melalui laman e-Konsular untuk tujuan evakuasi.

"Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara-negara terjejas sudah berhubung dengan rakyat Malaysia sejak peringkat awal konflik bagi menyalurkan bantuan konsular serta mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan perancangan kontingensi." tambah Wisma Putra.

Rakyat Malaysia di negara-negara terjejas digesa supaya mengamalkan tahap kewaspadaan yang tinggi, mengelakkan kawasan operasi ketenteraan dan perhimpunan awam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: