Rakyat Malaysia Diminta Tangguh Perjalanan Ke Hat Yai Sementara Waktu Demi Keselamatan

Penyakit pascabanjir yang kian menular menyebabkan pusat perubatan di Hat Yai kini sesak dan mempunyai kapasiti yang sangat terhad untuk menerima pesakit baharu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Pinterest & Utusan Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia disarankan untuk menangguhkan kunjungan ke Hat Yai buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Wilayah Songkhla selesai sepenuhnya

Menurut laporan Bernama, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, menjelaskan bahawa operasi pembersihan kini giat dijalankan, selain kehadiran banyak kenderaan berat di bandar tersebut yang boleh menjejaskan kelancaran perjalanan pelancong.

Beliau juga memberi peringatan mengenai risiko penyakit berjangkit selepas banjir yang mula menular. Keadaan ini menyebabkan hospital dan pusat perubatan di Hat Yai menjadi sangat sibuk, sekaligus mengehadkan kemampuan mereka untuk merawat pesakit baharu buat masa ini.

"Kebanyakan premis makan dan tempat tumpuan pelancong masih tutup," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

SAYS.com

Keadaan banjir di Hat Yai pada November lalu.

Image via Berita Harian

Dedah kerosakan bencana banjir sebelum ini mencecah RM1.3 bilion

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ahmad Fahmi selepas menerima sumbangan Ibnu Sabil MAIPs berjumlah RM5,000 daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sebelum itu, Baginda bersama Raja Puan Muda Perlis dan anakanda kedua telah mencemar duli meninjau kawasan terjejas banjir di Hat Yai.

Ahmad Fahmi turut mendedahkan bahawa bencana banjir pada penghujung November lalu telah mengakibatkan kerosakan harta awam yang besar, dianggarkan mencecah RM1.3 bilion.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: