Rakyat Malaysia Digesa Tunda Percutian Ke Thailand Ekoran Krisis Catuan Minyak

Krisis bahan api di kawasan tumpuan pelancong seperti Satun dan Hat Yai kini meruncing akibat konflik Asia Barat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via AFP & Khaosod English
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke Thailand sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan mereka bagi mengelakkan sebarang kesulitan, termasuk risiko terkandas akibat kekangan bekalan bahan api di negara tersebut

Laporan The Malaysian Reserve menyatakan bahawa banyak stesen minyak di Satun, Hat Yai serta beberapa kawasan tumpuan pelancong Malaysia kini sedang kehabisan bekalan atau melaksanakan langkah catuan ekoran ketegangan di Asia Barat yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel.

Pertambahan kenderaan yang merentasi sempadan semasa musim perayaan ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa pihak berkuasa Thailand mungkin akan mengambil langkah yang lebih tegas, termasuk menyekat pembelian petrol bagi kenderaan asing.

SAYS.com
Image via Thai Enquirer (Facebook)

Kebanyakan stesen minyak hadkan pembelian

Pengendali pelancongan Abdul Halim Othman, seorang rakyat Malaysia yang menetap di Satun, menyatakan bahawa banyak stesen minyak kini mengehadkan pembelian bahan api kepada 500 baht (kira-kira RM60) bagi setiap pengisian untuk kereta atau van.

"Bagi motosikal pula, hanya petrol bernilai 50 baht (sekitar RM6) dibenarkan untuk setiap kenderaan. Penunggang harus memastikan mereka mempunyai bekalan bahan api yang mencukupi sepanjang perjalanan.

"Jika mereka merancang untuk memandu sejauh 300km, seperti ke Krabi atau Phuket dari sempadan, pemandu harus mengisi semula minyak setiap kali tangki mereka berbaki kira-kira tiga suku penuh dan jangan menunggu sehingga ia hampir kosong kerana kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku,"
katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Halim turut menyarankan agar pelancong yang belum membuat tempahan supaya menangguhkan perjalanan ke destinasi yang jauh dari sempadan buat masa sekarang.

Beliau berkata langkah ini dapat mengurangkan risiko menghadapi kesulitan mendapatkan petrol atau diesel sekiranya berlaku gangguan bekalan di kawasan tertentu.

SAYS.com
Image via Thai Enquirer (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: