Rakyat Malaysia Digesa Tangguh Perjalanan Ke 7 Negara Ini Susulan Konflik Asia Barat

Wisma Putra memantau rapi situasi keselamatan di Asia Barat dan sentiasa berkoordinasi dengan perwakilan diplomatik di wilayah terjejas.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia agar menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak mendesak ke negara-negara seperti Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memandangkan nasihat perjalanan rasmi masih lagi berkuat kuasa buat masa ini

Menerusi laporan Bernama, kenyataan tersebut menjelaskan bahawa kementerian berkenaan sedang memantau dengan rapi perkembangan situasi keselamatan yang tidak menentu di rantau Asia Barat di samping kekal berhubung rapat dengan pejabat perwakilan diplomatik Malaysia di kawasan-kawasan yang terjejas.

"Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia tetap menjadi keutamaan kementerian," katanya.

Berdasarkan kenyataan Wisma Putra, pihak kementerian mengambil maklum mengenai pembukaan ruang udara selamat oleh pihak berkuasa UAE serta pengoperasian perkhidmatan sementara Malaysia Aviation Group (MAG) bagi laluan Jeddah dan Madinah pada 4 hingga 8 Mac.

Pasukan diplomatik Malaysia kini sedang giat berkoordinasi dengan pihak berkuasa serta rakan operasi untuk menyokong warganegara yang terkesan oleh gangguan perjalanan.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi dan Konsulat Jeneral di Dubai terus memantau serta berhubung dengan rakyat Malaysia di UAE yang mengalami kesulitan penerbangan, khususnya mereka yang sedang menunggu transit atau perjalanan seterusnya.

"Susulan pengumuman mengenai ruang udara selamat, pasukan kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan pihak berkepentingan operasi untuk mendapatkan penjelasan tentang butiran pelaksanaannya dan memudah cara aturan perjalanan seterusnya mengikut syarat yang ditetapkan," katanya.

Pegawai kementerian sentiasa memantau kebajikan dan keperluan warga yang terkesan, terutamanya bagi mereka yang terpaksa memanjangkan tempoh transit atau mengalami kesulitan penginapan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via REUTERSImage via

Misi diplomatik Malaysia sentiasa berhubung dengan semua rakyat berdaftar, termasuk para pelajar

Dalam pada itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah terus memantau keadaan jemaah umrah Malaysia yang terkesan akibat gangguan perjalanan di Arab Saudi.

"Pegawai terus berhubung dengan pihak berkepentingan berkaitan untuk membantu urusan kebajikan di samping mengumumkan pengoperasian semula secara beransur-ansur penerbangan komersial di Jeddah dan Madinah," tambahnya.

Wisma Putra memaklumkan bahawa misi diplomatik Malaysia di Oman, Qatar, dan Bahrain sedang giat memantau serta membantu warganegara yang terkesan akibat gangguan ruang udara serantau, termasuk mereka yang terkandas dalam transit atau menunggu penjadualan semula perjalanan.

Bagi negara-negara lain yang terjejas seperti Iran, Iraq, Lubnan, Jordan, dan Syria, perwakilan diplomatik Malaysia kekal berhubung rapat dengan semua rakyat yang berdaftar, termasuk para pelajar di sana.

"Rakyat Malaysia yang berkomunikasi dengan misi kami selamat dan telah dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti panduan pihak berkuasa tempatan," tambahnya.

SAYS.com

Pejabat Wisma Putra.

Image via Wikipedia

Wisma Putra terus mengemas kini rekod rakyat Malaysia di wilayah terjejas melalui sistem e-Konsular dan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memantau kebajikan pelajar.

Rakyat Malaysia yang belum mendaftar sangat digalakkan berbuat demikian di https://ekonsular.kln.gov.my, manakala mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi perwakilan diplomatik terdekat.

Selain itu, Bilik Gerakan di Putrajaya beroperasi 24 jam dan boleh dicapai melalui talian +603-8887 4570 atau e-mel [email protected].

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: