Rakyat Malaysia Di Kedudukan Ke-6 Dunia Paling Ramai Penduduknya Suka Makan Mi Segera
Kedudukan itu turut diikuti Jepun dan Malaysia (47 bungkus setiap seorang).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mi segera sememangnya antara makanan paling popular di dunia, cepat disediakan, murah dan mampu memuaskan selera bila-bila masa
Sama ada dimakan ketika tengah malam, sewaktu hujan lebat, atau sebagai hidangan 'penyelamat' ketika bajet sempit, mi segera sentiasa menjadi pilihan utama ramai tanpa mengira usia.
Di Malaysia sendiri, mi segera bukan sekadar makanan ringkas, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan nostalgia.
Menerusi laporan terbaharu yang dikongsikan portal berita VnExpress, purata setiap rakyat Vietnam dilaporkan menikmati sebanyak 81 bungkus mi segera sepanjang tahun lalu.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Eat Food VoyageRakyat Vietnam kini dilaporkan menjadi antara pengguna mi segera tertinggi di dunia
Vietnam menduduki tangga teratas sebagai pengguna mi segera per kapita tertinggi di dunia.
Korea Selatan mengekori di tangga kedua, dengan purata penggunaan 79 bungkus, menurut laporan Korea Times yang memetik data daripada Persatuan Mi Segera Dunia yang berpangkalan di Osaka, Jepun.
Negara lain dalam senarai peringkat atas termasuk Thailand (57 bungkus per kapita), diikuti oleh Nepal (54), Indonesia (52), serta Jepun dan Malaysia (47 bungkus setiap seorang).
Senarai sepuluh negara teratas turut diisi oleh Filipina (39 bungkus) dan China termasuk Hong Kong (31 bungkus).

Gambar sekadar hiasan.
Image via CGTNSecara amnya, penggunaan mi segera per kapita dilihat lebih tinggi di negara-negara Asia yang mengekalkan budaya tradisional berasaskan mi.
Di Vietnam, perisa tom chua cay, yang memadukan rasa udang segar dan keasidan yang menyegarkan, mendominasi selera rakyatnya. Selain itu, orang Vietnam memilih mi yang kenyal dan elastik, ciri yang menjadikan pengalaman menikmati mi segera lebih autentik dan memuaskan, menurut maklumat daripada persatuan berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 