Rakyat Malaysia Dedah Realiti Bekerja Dengan Orang Jepun, Dakwa Tak Seindah Yang Disangka
Begitulah realiti kehidupan.
Cover image via Tokyo Weekender (Gambar sekadar hiasan)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Orang Jepun memang sinonim dengan sifat mesra, penuh budi bahasa dan sering mengukir senyuman
Disebabkan imej sebegitu positif, tak hairanlah ramai orang berangan atau menaruh minat untuk bekerja di bawah syarikat yang diterajui oleh rakyat dari negara matahari terbit itu.
Ia seolah-olah memberi harapan bahawa budaya kerja mereka juga akan sama baiknya seperti layanan yang mereka tunjukkan dalam kehidupan seharian.
Bagaimanapun, tular satu ciapan di media sosial, ada yang mendakwa rakyat Jepun memang nampak baik pada luaran namun, perangai sebenar mereka hanya terserlah bila sudah bekerjasama atau bekerja terus di syarikat dari sana.

Dakwa kerja dengan orang Jepun tak seindah yang disangka
Menerusi ciapan di laman X, seorang wanita berkongsi pengalaman peribadinya bekerja dengan orang Jepun dan mengakui ada benarnya dakwaan itu.
Katanya, tekanan kerja yang terlalu tinggi membuatkan mentalnya 'koyak' hingga dia terpaksa bertukar syarikat sebanyak dua kali sepanjang menetap di Jepun.
Namun, walaupun bertukar majikan, pengalaman yang dilaluinya tetap memberi kesan negatif.
Antara perkara yang membuatkan dia paling tidak boleh terima ialah sikap segelintir mereka yang suka menuding jari menyalahkan orang lain, hanya mahu mendengar pandangan daripada sebangsa sendiri, bercakap buruk di belakang, dan juga bersikap talam dua muka.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



