Rakyat Malaysia Boleh Guna Bantuan SARA RM100 Hingga 31 Disember Ini – “Jangan Risau!”

Sistem MyKasih juga kini dilaporkan lebih stabil.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bantuan Terkini & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai yang menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 tidak perlu tergesa-gesa membelanjakan bantuan tersebut kerana tempoh penggunaannya adalah sehingga 31 Disember 2025

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, penerima SARA boleh membeli barang keperluan secara berperingkat tanpa perlu risau beratur panjang di kedai runcit.

"Sekiranya bimbang perlu beratur panjang, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai runcit terpilih yang berdekatan atau beli-belah secara berkala.

"Jangan risau kerana anda mempunyai tempoh empat bulan untuk menggunakan kredit ini,"
katanya.

SAYS.com

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching

Image via Free Malaysia Today

Sistem MyKasih kini lebih stabil

Nie Ching turut memberi jaminan bahawa orang ramai tidak perlu risau mengenai gangguan sistem MyKasih kerana kapasiti sistem itu telah dipertingkatkan sebanyak 60%.

Sebelum ini, terdapat aduan mengenai masalah teknikal pada hari pertama dan kedua selepas bantuan tersebut dikreditkan ke dalam MyKad mulai 31 Ogos lalu.

"Saya rasa kerana terlalu ramai yang cuba menebus bantuan itu serentak, menyebabkan sistem tergendala pada hari pertama dan kedua. Sekarang rakyat tidak perlu lagi risau untuk membuat pembelian menggunakan SARA," katanya lagi/

SAYS.com
Image via Sinar Harian


Seorang penerima SARA, Amutha Keevachee, 50 yang merupakan guru tadika, meluahkan rasa lega apabila proses penebusan bantuan berjalan lancar.

"Saya boleh jimat duit dan guna RM100 ini untuk beli barang keperluan rumah, proses pembayaran pun cepat dan mudah, mereka cuma minta kad pengenalan untuk imbas dan terus boleh buat pembayaran," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: