Rakyat Malaysia Bersatu Hati Jadi ‘Bidan Terjun’ Bantu Wanita Bersalin Di Tepi Jalan

Bagusnya semua tolong, terima kasih orang baik!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Situasi cemas bertukar menjadi momen penuh bermakna apabila beberapa pengguna jalan raya berganding bahu membantu seorang wanita melahirkan anak di tepi jalan di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini

Menerusi video yang dimuat naik oleh @umisyarifahshop di TikTok, wanita itu berkongsi pengalaman luar biasanya ketika menjadi 'bidan terjun' bersama beberapa individu lain.

Dalam video tersebut yang kini telah meraih 1.4 juta tontonan, kelihatan masing-masing memainkan peranan. Ada yang memegang payung kerana hujan, ada yang memberi kata-kata semangat, dan ada yang membantu secara langsung proses kelahiran.

Menurut perkongsiannya, wanita hamil itu pada mulanya menunggang motosikal, namun terpaksa berhenti kerana kesakitan bersalin yang memuncak hingga memilih untuk baring di tepi jalan.

SAYS.com
Image via @umisyarifahshop (TikTok)
SAYS.com
Image via @umisyarifahshop (TikTok)

Terpaksa ikat tali pusat guna tali kasut

"Saya dari Kota Masai dan sampai di persimpangan lampu isyarat, saya nampak ada kakak dan suaminya berbangsa India menahan kenderaan kami, masa itu saya tak tahu apa dan bila buka tingkap kereta, dia maklumkan ada orang nak beranak.

"Saya terus turun kereta dan bantu, saya terketar-ketar sebab tak pernah urus kelahiran bayi, ini kali pertama berlaku dalam hidup saya, saya buat 'video call' kawan yang kerja 'nurse' dan kakak India tu 'call' kawan dia tanya macam mana 'handle' sambut bayi.

"Masa saya turun, kepala bayi dah keluar, saya pegang, bantu keluarkan dan sambut bayi lelaki, alhamdulillah semuanya berjalan lancar, kami guna tali kasut seorang penghantar makanan ikat tali pusat bayi tersebut, nak potong ke apa kami tak tahu nak buat macam mana. Kami bantu mana yang boleh kami buat, saya pangku bayi itu selama 30 minit sebelum pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian,"
katanya kepada Kosmo!

Seorang lagi pengguna TikTok, @bhavanithevi, turut memuat naik beberapa gambar ketika kejadian

"Hari ini saya sedar semuanya benar-benar berlaku kerana ada sebabnya. Dengan hati yang bersih di sekeliling kita dan berkat Tuhan, kedua-dua mummy dan bayi lelaki selamat," tulisnya.

SAYS.com
Image via @bhavanithevi (TikTok)

Lihat video di bawah:

@umisyarifahshop

saya bersama akk indian dan yang lain membantu menyambut kelahiran seorang bayi di bahu tepi jalan Taman Bukit Dahlia,Pasir Gudang dalam keadaan berhujan. TERIMA KASIH SEMUA KORANG SEMUA MEMANG HEBAT .. bagi tuala baju tudung semua .. Video ini dirakam kerana orang ramai yang lalu menyangka kemalangan namun perkara sebaliknya berlaku. #pasirgudang #johorbahru #fyp #official #kotamasai #bersalintepijalan#astro #utusanmalaysia #pama #sinar#metro

♬ suara asli – Om Anggara98 – Om Anggara98

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik