Rakyat Malaysia Bakal Berhimpun Depan Kedutaan AS Jam 4 Petang Ini, Bantah Penahanan Israel

Rakyat Malaysia yang berada berdekatan dengan kawasan kedutaan diminta turun memberikan sokongan penuh terhadap perhimpunan tersebut.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari ini, rakyat Malaysia dijadualkan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada jam 4 petang sebagai tanda solidariti terhadap penahanan kapal Sumud Flotilla Malaysia yang didakwa dilakukan secara tidak sah

Menerusi satu ciapan di Threads, perhimpunan itu diadakan bagi mengecam tindakan berkenaan selain menyuarakan sokongan terhadap misi kemanusiaan yang dibawa kapal tersebut.

Penganjur menyeru orang ramai, khususnya rakyat Malaysia yang berada berdekatan dengan kawasan kedutaan, supaya turun memberikan sokongan penuh terhadap perhimpunan tersebut

Mereka turut mengingatkan bahawa nasib sukarelawan dan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut masih belum diketahui sepenuhnya.

Justeru, orang ramai diminta menunjukkan solidariti dengan menghadiri perhimpunan itu dan menyebarkan maklumat ini seluas-luasnya.

Dalam pada itu, setakat ini seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, ditahan tentera Israel selepas rejim Zionis itu memintas kapal berkenaan. Terbaharu adalah Farah Lee dan Danish Nazram dari kapal Grande Blu.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: