Rakyat Malaysia 18 Tahun Terkandas Di Lombok, Kini Pulang Ke Pangkuan Keluarga
Norida dan anak kini selamat dibawa pulang ke tanah air.
Cover image via Shamsul Anuar Nasarah (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas 18 tahun menahan akibat didera suami, waga Malaysia ini akhirnya berjaya pulang ke Malaysia
Norida Akmal Ayob, 45, telah belasan tahun terkandas di Lombok dan menahan kesakitan akibat didera suami akhirnya berjaya dibawa pulang ke tanah air.
Menurut Norida, dia telah pergi ke Lombok pada tahun 2007 selepas diminta suaminya untuk balik ke kampung di Kampung Dusun Bajo.
"Sebelum ini, saya berkahwin dengan suami di Thailand pada 2005 dan anak sulung kami lahir pada tahun sama. Suami kemudian balik ke Lombok bagi menguruskan pengebumian bapanya." katanya.
Dia pergi ke Lombok ketika itu bersama anak Nur Fatin Akmadiana, kini berumur 20 tahun, seperti diminta suaminya.
Pada mulanya kehidupan seperti biasa, tetapi suami mula pamer perangai sebenar
Kehidupannya di sana bermula seperti biasa sebagai suri rumah dan telah melahirkan anak kedua, Mohamad Sabani Dania pada tahun 2008.
"Penderitaan saya bermula apabila suami mula pamer perangai sebenarnya yang panas baran dan kaki pukul. Dia kerap pukul dan tendang saya sehingga saya cedera," tambahnya lagi.
Dia juga mengatakan dia hanya bertahan di dalam perkahwinan itu demi anak-anak.

Setelah lama berada di sana, dia mengetahui dirinya sedang dicari oleh ahli keluarga selepas dimaklumkan oleh jirannya yang melihat hantaran yang telah dimuat naik oleh sepupunya, Mohd Shahnizam Basri, 41, di Facebook.
"Saya mula berhubung dengan sepupu menggunakan telefon jiran memandangkan saya tiada telefon ketika itu." kata Norida.

Norida Akmal (berbaju kuning) bersama anaknya Nur Fatin Akmadiana (tiga dari kanan)
Image via Harian MetroDia juga mengatakan hidupnya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami sehingga memiliki telefon dan malahan untuk mendapat wang 1,000 rupiah (0.23 sen) juga sangat sukar.
"Jangan katakan telefon, nak dapat wang 1,000 Rupiah (0.23 sen) pun susah. Saya hidup bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami," tambahnya lagi.
Dia kemudian telah meminta tolong kepada sepupunya untuk membawa serta anaknya pulang ke Malaysia setelah bercerai tahun lalu.
"Saya buat keputusan untuk bercerai selepas anak-anak sudah besar. Disebabkan itu juga, saya mahu kembali ke tanah air yang saya sentiasa rindukan selama ini."
Norida juga menyampaikan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasaha dan pihak Jabatan Imigresen Malaysia serta Indonesia beserta pihak kedutaan kedua-dua negara kerana membantunya pulang.
Anak kedua kini tinggal bersama bapanya di Lombok.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



