Rain Rave Water Music Festival 2026 Jana RM200 Juta Dengan Kehadiran Lebih 180,000 Pengunjung

Restoran, kafe, dan kedai retail antara yang paling banyak untung.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo & The Vibes
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu festival bertemakan air dan muzik diadakan pada Hari Pekerja baru-baru ini telah berjaya menjana lebih RM200 juta nilai pelancongan

Rain Rave Water Music Festival 2026 telah diadakan di Bukit Bintang dengan lebih 180,000 pengunjung memenuhi kawasan itu selama tiga hari dengan pelbagai acara dan persembahan.

Menurut laporan dari New Straits Times, acara ini telah diadakan pada 30 April hingga 2 Mei dengan membawa festival bertemakan musik, makanan, kesenian dan kebudayaan.

Acara yang sama juga telah berlangsung pada tarikh yang sama di beberapa negeri lain seperti di Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kedah, Labuan, Pahang dan Terengganu.

SAYS.com
Image via ASEAN Skyline Rising / Facebook

Lebih 1.4 bilion jumlah tontonan di serata platform sosial media

Menurut Mint Leong, Presiden Pertubuhan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA), mengatakan acara ini telah menjadi perhatian seluruh negara dengan kejayaan membawa pelancongan baru yang boleh meningkatkan lagi nama dan jenama Malaysia di mata dunia.

Menurut Leong juga, Rain Rave adalah sebahagian dari acara pelancongan yang besar untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang mampu mengadakan festival antarabangsa berskala besar.

"Acara ini menunjukkan Malaysia sebagai negara muda, terbuka, dan penuh bertenaga," ujar Leong.

SAYS.com
Image via NSTP / Ahmad Ukasyah

Pengerusi Persatuan Pelancongan Bukit Bintang-KLCC, Ng Yih Chen mengatakan jumlah orang yang datang sangat luar biasa.

Restoran, kafe, dan kedai-kedai runcit juga banyak mendapat manfaat dari acara ini sepanjang festival tambah Ng.

Acara ini juga telah dianjurkan di bawah Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya sebagai salah satu kempen melawat Malaysia tahun ini.

SAYS.com
Image via The Star

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: