Rafizi Dakwa Amalan Murid Beri Hadiah Kepada Guru Di Sekolah Pupuk Budaya Rasuah & Korupsi

Menurut beliau, usaha membanteras budaya rasuah dan korupsi perlu dimulakan melalui sistem pendidikan di sekolah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berpendapat bahawa institusi sekolah perlu memainkan peranan lebih besar dalam membentuk asas moral dan nilai integriti dalam kalangan murid

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata, usaha membanteras rasuah dan budaya korupsi tidak boleh hanya bergantung kepada penguatkuasaan atau kempen bersifat sementara.

Ia menuntut pendekatan jangka panjang yang bermula seawal dalam sistem pendidikan negara.

SAYS.com

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli

Image via Scoop

"Kita ada budaya yang mana murid-murid mesti menzahirkan rasa terima kasih yang kadangkala melampau kepada orang tua dan guru.

"Daripada itu, mula wujud budaya membawa hadiah dan sebagainya. Saya lihat dengan mata sendiri dan saya rasa itu tidak baik untuk jangka panjang kerana ia adalah benih kepada budaya membodek.

"Semua itu bermula dari sekolah. Jadi sama ada perbincangan berkaitan korupsi, reformasi institusi atau ekonomi hanyalah penyelesaian jangka pendek melainkan kita baiki sistem pendidikan,"
katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan sesetengah sekolah yang mengangkat jawatan seperti pengawas hanya kerana ia dilihat 'bergaya' juga menyumbang kepada pembentukan nilai yang salah dalam kalangan pelajar

"Pada umur 16 tahun, terutama jika berada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), kamu (pengawas) sudah cukup berkuasa berbanding murid lain.

"Saya juga boleh menjadi pengawas (sewaktu di sekolah dahulu), tetapi saya tidak mahu walaupun guru memujuk saya bagaimana sekalipun.

"Pada saya, itu bukan model kejayaan yang saya mahukan. Saya rela menjadi seseorang yang berjaya dalam pembelajaran dan memberi impak dari segi lain,"
katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: