Putera Abdul Mateen Bolkiah & Pasangan Umum Bakal Timang Anak Pertama – “Akhirnya Kami Bertiga”

"And then there were 3," titip baginda.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @tmski (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bahawa baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, bakal menimang cahaya mata sulung

Perkhabaran itu disampaikan sendiri oleh Putera Mateen menerusi hantaran di Instagram rasmi baginda, hari ini.

"And then there were 3," titip baginda.

SAYS.com
Image via @tmski (Instagram)

Ramai ucap tahniah atas perkhabaran gembira

Ruangan komen di hantaran Instagram Putera Muda Abdul Mateen dibanjiri ucapan tahniah daripada rakyat Brunei dan peminat antarabangsa yang turut berkongsi rasa gembira atas perkhabaran manis itu.

Ramai meluahkan keterujaan mereka, menyifatkan berita tersebut sebagai anugerah yang melengkapkan kehidupan pasangan diraja berkenaan.

Untuk rekod, Pengiran Muda Abdul Mateen merupakan anakanda ke-10 daripada 12 adik-beradik dan putera keempat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Baginda bukan sahaja dikenali kerana status diraja, tetapi juga kerana karisma, kecemerlangan akademik serta penglibatan aktif dalam bidang ketenteraan dan diplomasi.

Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam pula datang daripada keluarga ternama dan merupakan usahawan muda berjaya yang mengasaskan beberapa jenama fesyen dan gaya hidup tempatan.

Kisah cinta pasangan ini turut mencuri perhatian ramai apabila hubungan mereka yang pada awalnya sekadar persahabatan sejak kecil akhirnya berputik menjadi cinta sejati.

Setelah melalui tempoh perkenalan yang panjang dan penuh keharmonian, pasangan itu disatukan dalam majlis perkahwinan diraja yang penuh adat istiadat Brunei pada 11 Januari 2024 iaitu satu acara yang menjadi tumpuan dunia dan simbol keanggunan tradisi diraja negara itu.

SAYS.com
Image via @tmski (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: