Punca Sebenar Dehidrasi & Tip Pencegahan Ketika Musim Cuaca Panas Melampau

Cuaca panas melampau kini melanda Malaysia dan masalah dehidrasi kian meningkat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Gambar Janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa negeri di Malaysia kini dilanda gelombang haba sehingga mencecah suhu 37 hingga 40 darjah Celsius

Tanpa disedari, ramai antara kita sebenarnya mengalami dehidrasi terutamanya ketika musim panas ini.

Menurut laporan dari Berita Harian, 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan, termasuk tiga kes strok haba dan satu kes kematian membabitkan kanak-kanak tertinggal dalam kenderaan.

Dehidrasi boleh berlaku kepada semua peringkat umur termasuklah bayi dan ia berlaku apabila jumlah air yang meninggalkan tubuh lebih banyak daripada jumlah yang diambil.

Punca sebenar dehidrasi, tanda dan tips untuk mengelaknya:

SAYS.com
Gambar Janaan AI

Air yang keluar dari badan lebih banyak dari yang diambil

Seseorang perlu minum air secukupnya untuk menggantikan air yang dibuang daripada badan.

Sejumlah air yang perlu diminum setiap hari bergantung kepada individu, tetapi air yang lebih banyak diperlukan untuk menggantikan peluh yang berlebihan sewaktu cuaca terlalu panas, bersenam, demam, kehilangan air akibat muntah, cirit-birit atau air kencing yang bertambah.

Simptom dehidrasi

Bagi orang dewasa terdapat beberapa simptom seperti:

  • Multi kering / dahaga
  • Kencing yang bewarna gelap atau kerap membuang air kecil
  • Mengantuk
  • Sembelit
  • Air mata sedikit apabila menangis
  • Kulit kering
  • Sakit kepala
  • Pening
  • Kekejangan otot

Bagi kanak-kanak:

  • Kurang membuang air kecil atau lampin kering selama 6-8 jam
  • Air mata sedikit apabila menangis
  • Mata kelihatan tenggelam
  • Tempat lebuh di kepala bayi (ubun-ubun) kelihatan tenggelam
  • Kurang aktif
  • Keletihan atau pening pada kanak-kanak lebih berusia

Rawatan mudah dehidrasi

SAYS.com
Image via Harian Metro

Pencegahan adalah langkah pertama untuk mengelakkan dehidrasi. Anda boleh menggantikan cecair melalui mulit tetapi jika tidak boleh, cecair intravena (IV) diperlukan.

Antara rawatan untuk masalah dehidrasi

SAYS.com
Image via Matras News
  • Minum air (Pastikan anda tahu berapa jumlah air yang diperlukan oleh badan anda)
  • Sup kosong
  • Aiskrim jenis popsikel
  • Cecair yang mempunyai elektrolit.(Tidak semestinya air sahaja, tetapi air yang mempunyai cecair elektrolit diperlukan seperti air isotonik, air kelapa dan air garam rehidrasi)
  • Cecair melalui IV mestilah dipantau dan dinilai oleh doktor profesional untuk tahap dehidrasi anda

Bilakah anda perlu berjumpa doktor?

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Klinik Albiruni

Dehidrasi selalunya boleh dicegah dengan cara mudah, tetapi jika simptom terlalu teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor.

  • Demam melebihi 38.3 darjah Celsius, tetapi kurang daripada 39.4 darjah Celsius
  • Cirit-birit lebih dari 2 hari
  • Muntah berterusan atau meningkat lebih dalam seharian
  • Pengurangan berat badan
  • Air kencing berkurang
  • Lemah-lemah badan

Bawa pesakit ke jabatan kecemasan hospital jika perkara ini berlaku:

  • Demam lebih tinggi daripada 39.4 darjah Celsius
  • 'Lethargy' penat dan lemah yang sangat teruk
  • Sakit kepala
  • Sawan
  • Kekeliruan
  • Kesukaran bernafas
  • Kesakitan dada atau perut
  • Pengsan
  • Tiada air kencing dalam 12 jam terakhir

Dehidrasi selalunya boleh dirawat sendiri di rumah tetapi jika anda mengalami gejala-gejala dehidrasi, minumlah cecair seperti air kosong atau jus buah. Minuman ini lebih berkesan daripada teh dan kopi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: