Pulau Pinang Umum Haramkan Mainan ‘Cucuk’ Jerawat Guna Jarum Suntikan Serta-Merta
Difahamkan, permainan ini tertakluk di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 kerana penggunaan jarum suntikan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Pulau Pinang telah mengharamkan penjualan mainan buang tekanan menggunakan jarum suntikan
Menurut laporan daripada Harian Metro, pengharaman ini dilakukan kerana khuatir dengan risiko keselamatan khususnya kepada kanak-kanak.
Permainan yang digelar 'squeeze acne toy needle tube pinch injection bubble' ini tular sejak beberapa minggu lepas di media sosial.
Mainan ini adalah simulasi untuk jerawat, dimana anda perlu menyucuk mainan lembut berisi gel yang kemudiannya jarum akan dicucuk untuk memasukkan udara kedalam mainan itu supaya kembung seperti jerawat. Ia juga hadir dalam pelbagai bentuk seperti bayi, haiwan dan pelbagai lagi rupa lain.

(DARI kanan) Jason, Daniel Gooi dan Datuk Bandar MBPP, Datuk A Rajendran
Image via Harian Metro / Siti Aminah YusofPermainan sensori bertekstur lembut nampak selamat tetapi sebenarnya tidak
EXCO Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H'ng Mooi Lye, mengatakan mainan sensori bertekstur lembut diisi dengan gel itu dikesan dijual secara terbuka di pasar malam sekitar Pulau Pinang.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menerima aduan daripada ibu bapa dan mengklasifikasikan permainan itu sebagai bahan yang memudaratkan dan bahaya kerana jarun suntikan yang dikategorikan sebagai peralatan perubatan.

Jarum yang digunakan melibatkan jangkitan kuman dan risiko kesihatan yang lain.
"Jarum yang digunakan untuk permainan tersebut tertakluk di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 dan peralatan berkenaan perlu dikawal kerana ia membabitkan risiko kesihatan seperti jangkitan kuman dan penggunaannya hanya untuk pihak yang berkelayakan," katanya.
EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Daniel Gooi Zi Sen berkata, mainan bersifat kenyal dan terdapat dalam pelbagai bentuk seperti bayi, itik serta kebanyakannya bersaiz kecil turut mengundang risiko tercekik jika tertelan.
Tindakan tegas akan dikenakan kepada premis perniagaan atau penjual yang menjual produk ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 