Prosiding Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bakal Berlangsung Selama 19 Hari Bermula 3 September Ini

Keputusan itu dibuat menerusi prosiding sebutan kes inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan bermula 3 September ini dan berlangsung selama 19 hari

Menurut laporan Sinar Harian, keputusan itu dibuat menerusi prosiding sebutan kes inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini.

Pengarah Mahkamah Negeri Sabah bersidang sebagai koroner, Azreena Aziz, menetapkan tarikh prosiding iaitu pada 3 dan 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September.

Dalam sebutan, Timbalan Pendakwa Raya yang juga merupakan Pengendali Kes, Mohd Fairus Johari turut memberitahu 195 saksi telah direkod kenyataan sementara jumlah saksi akan disenaraikan sebelum prosiding bermula.

Sementara itu, dalam sidang akhbar pasukan peguam yang diketuai Hamid Ismail memaklumkan, seramai 195 saksi tersebut jumlahnya akan ditentukan kemudian.

"Jumlah itu akan ditentukan kemudian bagi memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) menyusun saksi-saksi ini, mana yang relevan, mana yang tidak relevan," katanya.

SAYS.com
Image via Sabah News Today

Ditanya mengenai saksi, Hamid memaklumkan anak guamnya juga antara saksi yang akan dipanggil selain guru dan pelajar di sekolah berkenaan.

"Hanya kami yang datang mewakili ahli keluarga dan kami mewakili ibu. Ibunya akan datang sebagai saksi yang akan dipanggil, sementara kami akan menyoal.

"Kami tidak tahu (siapa saksi) tapi semua yang dipanggil oleh polis, daripada guru sehingga pelajar. Saya tidak tahu (jumlah saksi yang dikurangkan), itu bidang kuasa AGC.

Beliau dalam pada itu berkata, pihaknya kini sebagai pemerhati namun dalam masa sama akan turut memohon untuk menjadi pihak yang menyoal untuk membantu pihak pendakwaan.

Tarikh prosiding inkues kes kematian Zara Qairina akan berlangsung pada 3 dan 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September

SAYS.com
Image via Sinar Harian

"Kami telah memohon untuk menjadi pihak yang menyoal untuk membantu pendakwaan tetapi kami diarahkan untuk memfailkan permohonan secara rasmi yang mana kami akan failkan pada minggu ini.

"Sabah Law Society (SLS) bertindak sebagai pihak pemerhati dan buat masa ini status kami adalah sebagai pihak pemerhati tetapi apabila permohonan diluluskan, status kami akan berubah kepada pihak yang berkepentingan,"
jelasnya.

Sebelum itu, prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairus Johari, Dana Arabi Wazani, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

Pasukan peguam juga turut diwakili Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: