Produk Pelaris Yang Dijual Semasa Live Semakin Berleluasa, Boleh Menjejaskan Akidah – JAKIM
Difahamkan, JAKIM sudah mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan dan Garis Panduan Khurafat dan Azimat turut disediakan.
Cover image via Harian Metro & Gambar sekadar hiasan.Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kegiatan menjual 'minyak pelaris' atau 'minyak penunduk' secara siaran langsung kian berleluasa
Produk ini dijual tanpa rasa malu di platform media sosial mencetuskan kebimbangan mengenai unsur khurafat dan penipuan untuk memperdaya pengguna.
Menurut laporan dari Berita Harian, terdapat beberapa akaun media sosial yang menjual produk ini secara terbuka yang kononnya produk ini mampu menundukkan pasangan, memagar diri daripada gangguan makhluk halus dan menjanjikan pelaris segera bagi perniagaan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sinar HarianPenjual menyertakan amalan atau bacaan khas untuk kesan pantas
Sesetengah penjual produk-produk ini juga menyertakan amalan atau bacaan khas untuk memberikan 'kesan pantas' dan mengenakan harga hingga ratusan ringgit.
Sesi-sesi ini juga menampilkan testimoni individu yang kononnya produk ini membawa perubahan ketara selepas digunakan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, mengatakan fenomena promosi produk berunsur mistik ini menjadi perkembangan yang membimbangkan.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Image via Berita HarianPlatform digital telah menjadi medium untuk penyebaran pantas dan sangat sukar dikawal. Ada yang mendakwa berkaitan aura, tenaga dalaman, numerologi, pelaris atau pengaruh ghaib.
"Lebih membimbangkan apabila unsur ini digabungkan sekali dengan lafaz agama, testimoni emosi dan pendekatan pemasaran agresif yang boleh mempengaruhi golongan rentan.
"Trend ini menunjukkan satu bentuk peralihan daripada perbomohan tradisional kepada mistik digital yang dimonetisasi," katanya.
Beliau juga mengatkan produk-produk ini boleh membawa naratif yang mengelirukan masyarakat awam mengenai konsep tawakal, qada dan qadar serta rezeki dan hubungan sesama manusia.
"Jika tidak ditangani secara bersepadu, fenomena ini berpotensi mencairkan kefahaman tauhid dan membuka ruang kepada normalisasi amalan khurafat dalam ekosistem digital.
"JAKIM sentiasa memantau isu sensitif akidah dan jika ada kandungan yang jelas bercanggah prinsip syarak, perkara itu boleh dibawa ke peringkat Muzakarah Majlis Kebangsaan Islam (MKI) untuk mendapatkan pandangan hukum sebagai rujukan masyarakat dan negeri," katanya lagi.
Pihak JAKIM juga sentiasa memantau isu sensitif akidah dan jika ada kandungan yang jelas bercanggah, perkara ini akan dibawa ke peringkat Muzakarah Majlis Kebangsaan Islam (MKI).
JAKIM telah mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan menurut Islam dan memberi penerangan kepada umat Islam di Malaysia untuk terhindar dari amalan bertentangan aqidah, syarikat dan akhlak.
Garis Panduan Khurafat dan Azimat juga turut disediakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan khurafat ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



