Prince Syed Sambut Birthday Dengan Kek Mewah Bertatahkan Emas 916 Bernilai RM200,000

Fuhh, kaya betul Prince Syed ni!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila sebut tentang sambutan hari lahir, biasanya kita akan tempah kek coklat atau red velvet saja kan?

Tetapi, lain pula ceritanya dengan pempengaruh dan usahawan terkenal, Prince Syed.

Baru-baru ni, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33 dengan meriah siap bertemakan Bollywood. Dia dan isteri tampil dengan busana ala-ala filem Hindi ketika majlis tersebut.

Kek birthday harga RM200,000, siap ada bunga & rantai emas 916

Namun, yang paling menarik perhatian netizen semestinya kek mewah yang ditempah khas oleh Prince Syed untuk hari istimewanya itu.

Bayangkan, kek tersebut bukan sekadar kek biasa. Menurut perkongsiannya di Facebook, kek itu dipenuhi dengan bunga emas dan juraian rantai berhuruf 'S' yang diperbuat daripada emas 916. Harganya pula mencecah sehingga RM200,000!

Bukan setakat kek yang mewah, Prince Syed turut berkongsi tentang isterinya yang tampil dengan barang perhiasan bernilai hampir RM2 juta ketika majlis berlangsung.

Di akhir perkongsian, Prince Syed turut meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk menikmati rezeki dan pinjaman hidup daripada Allah SWT.

"Kek Emas 916 bernilai RM 200K dipenuhi bunga2 emas dibahagian atas kek dan jurai rantai berhuruf S sebab sempena nama saya iaitu SYED. Alhamdulillah syukur genap lah usiaku 33 tahun untuk tahun ni, pakaian simple jer abam buat kalini iaitu bertemakan Indian Style. Tapi tetamu2 kata macam aladdin pulak lepas pakai sebab pengaruh warna hehe.

"Wife mengenakan perhiasan emas dan berlian bernilai hampir RM 2 juta sahaja yang beli haritu dari atas sampai bawah. Penampilan wife abam siapkan inspirasi look Sridevi. Syukur semua rezeki ni pinjaman dari Allah untuk kita si bumi, moga diulang tahun ku kalini aku dapat meniaga yang memberi manfaat kepada ramai orang dan mampu memberi sedekah, kongsi rezeki dengan ramai lagi orang,"
katanya.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik