Prince Syed Buat Dua Laporan Polis Lepas Didakwa Diserang – “Isteri Yang Tak Nak Jumpa Mereka, Bukan Saya Halang”

Sebelum ini, Prince Syed didakwa menghalang isterinya berjumpa dengan keluarga.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas tular dakwaan dia memukul dan menghalang isterinya, Fatin Syazwani Ishak, daripada berjumpa keluarga

Menurut laporan Harian Metro, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, mendakwa dia diserang empat individu dikenali di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang, pada petang semalam.

"Mereka pukul kepala saya dengan topi keledar beberapa kali dan tumbuk muka saya. Selain itu, mereka turut mencakar tangan saya sehingga berdarah, memecahkan cermin Proton X70 menggunakan topi keledar dan melakukan provokasi.

"Saya ada bukti iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan apa yang terjadi berlaku disebabkan mereka anggap saya mengongkong serta menghalang isteri (Fatin Syazwani Ishak, 27) berjumpa mereka
," katanya.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Dakwa diserang sebab isteri enggan berjumpa mereka

Prince Syed menjelaskan kejadian itu berpunca daripada salah faham apabila pihak terbabit menuduhnya mengongkong dan menghalang isterinya berjumpa mereka.

"Hakikatnya, isteri saya sendiri yang enggan berjumpa atas sebab tertentu. Saya buat laporan polis sebab bimbang keselamatan diri dan takut mereka bertindak agresif," katanya lagi.

Didahamkan, dua laporan polis telah dibuat oleh Prince Syed. Satu di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, dan satu lagi di Balai Polis Klang.

Laporan pertama dibuat selepas beliau mendakwa menerima desakan daripada individu sama supaya berpisah dengan isterinya dan menyerahkan dua anak mereka.

"Individu terbabit juga mengganggu dengan meminta saya menyerahkan dua anak berumur dua dan enam tahun sedangkan saya mampu menjaga mereka.

"Selain itu, ketika di rumah pada Jumaat lalu (31 Oktober), individu sama ada menghubungi kakak dan ibu bagi meminta saya berpisah dengan isteri dan mahu saya membuka sekatan nombor serta memberitahu keberadaan isteri jika tidak mahu diapa-apakan.

"Untuk apa kami berpisah sedangkan membina rumah tangga adalah satu yang mulia dan sebagai suami, saya kena pertahankan perkahwinan sampai akhir hayat.

"Kami hidekan video di TikTok pun bukan sebab ada masalah cuma nak tenteram memandangkan isteri pun sebelum ini tak sihat dan pada masa sama, saya kena fokus dengan perniagaan, jadi tak nak mental kami terganggu,"
ujarnya.

Tular dakwaan ibu mentua datang cari menantu

SAYS.com
Image via @palastinpastimerdeka (TikTok)

Sebelum ini, tular video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang didakwa ibu mentua Prince Syed datang ke sebuah rumah dan mendakwa menantunya melarikan serta menghalang anak dan cucu berjumpa dengannya.

Dalam video sama, wanita itu turut mendakwa Prince Syed memaksa isterinya menjalani pembedahan bariatrik untuk tujuan perniagaan produk pelangsingan. Buat masa ini, tiada kenyataan lanjut daripada pihak isteri atau keluarga berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik