Prasarana Nafi Gerabak LRT Terbakar, Sahkan Video Yang Tular Adalah AI & Palsu
Tangkap layar daripada video palsu disyaki janaan AI yang tular menggambarkan kononnya tren Laluan Ampang terbakar.
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiada insiden kebakaran melibatkan tren Rapid KL seperti dakwaan tular di media sosial, tegas Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)
Mereka sekali gus menafikan video yang dikaitkan dengan gerabak LRT Laluan Ampang yang tersebar.
Dalam kenyataan rasmi, Prasarana menjelaskan bahawa semakan dalaman bersama pasukan operasi mendapati semua tren beroperasi seperti biasa tanpa gangguan.
"Semakan dalaman serta pengesahan daripada pasukan operasi mengesahkan bahawa semua perkhidmatan tren berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan," katanya.

Tangkap layar daripada video palsu disyaki janaan AI yang tular menggambarkan kononnya tren Laluan Ampang terbakar.
Image via TikTokTindakan akan diambil terhadap individu sebar berita palsu
Menurut Prasarana, penyebaran maklumat palsu sebegitu bukan sahaja mencetuskan kebimbangan awam, malah menjejaskan keyakinan terhadap sistem pengangkutan awam negara.
Sehubungan itu, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap individu yang terbukti menyebarkan berita tidak sahih atau menimbulkan kekeliruan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih dan hanya mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi Rapid KL," jelas kenyataan itu lagi.
Terdahulu, sebuah video mendakwa menunjukkan gerabak tren Laluan Ampang terbakar tular di TikTok, namun semakan mendapati video berkenaan telah dipadamkan dan tidak mempunyai kaitan dengan operasi Rapid KL.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



