Poster ‘Malaysia Passport 2026’ Palsu, Orang Ramai Dinasihatkan Berhati-Hati

Awas berita palsu!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini telah tampil menjelaskan bahawa pihaknya sama sekali tidak terlibat dengan penghasilan atau penyebaran poster bertajuk "New: Malaysia Passport & MyKad 2026" yang kini sedang hangat diperkatakan di platform media sosial

Pihak jabatan menegaskan bahawa mereka tidak memandang remeh isu penularan poster tersebut, terutama apabila laman web rasmi mereka turut disalah guna sebagai sumber rujukan bagi mengaburi mata orang ramai.

JIM menegaskan bahawa poster berkenaan sama sekali bukan diterbitkan oleh pihak jabatan.

SAYS.com
Image via Jabatan Imigresen Malaysia (Facebook)

Orang ramai dinasihat sentiasa merujuk saluran rasmi JIM

Menurut JIM, segala kandungan serta maklumat yang dipaparkan adalah tidak sahih dan tidak mencerminkan sebarang dasar atau pengumuman rasmi daripada pihak JIM.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak ditentukan kesahihannya.

Untuk sebarang urusan berkaitan pasport atau perubahan dasar, masyarakat disarankan untuk sentiasa merujuk kepada saluran komunikasi rasmi jabatan bagi mengelakkan kekeliruan.

"Sebarang perkembangan atau pengumuman rasmi hanya akan disalurkan melalui laman web serta platform media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia," menurut kenyataan itu lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: