Pos Malaysia Cipta Sejarah Dengan Pelancaran Kenderaan Autonomi Pertama Negara

Satu inisiatif yang bagus!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pos Malaysia Bhd sekali lagi mencatat sejarah apabila secara rasmi melancarkan kenderaan autonomi (AV) pertama di Malaysia, sekali gus membuka lembaran baharu dalam industri logistik tempatan ke arah teknologi pintar dan lestari

SAYS.com
Image via Pos Malaysia Berhad

Difahamkan, pelancaran tersebut merupakan sebahagian daripada usaha transformasi dan inovasi Pos Malaysia untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju logistik moden di peringkat nasional.

Menurut laporan Berita Harian, majlis pelancaran kenderaan AV itu telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dan turut menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Pos Malaysia dan Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS).

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer, bersama Pengarah Urusan ALS, Alan Chong.

Kenali Zelos: Kenderaan logistik autonomi tanpa pemandu

SAYS.com
Image via Berita Harian

Teras kepada inisiatif itu ialah pengenalan Zelos, kenderaan logistik autonomi tanpa pemandu sepenuhnya yang menggunakan tenaga elektrik 100 peratus serta tidak menghasilkan pelepasan karbon.

Zelos direka khusus untuk operasi penghantaran perniagaan ke perniagaan (B2B) yang berisipadu tinggi dan berulang dari titik ke titik, menjadikannya sesuai untuk keperluan logistik moden berskala besar.

ALS pula bertindak sebagai rakan kongsi eksklusif di Malaysia, bertanggungjawab membawa masuk, menyesuaikan dan mengoperasikan Zelos.

Kerjasama itu membuka akses kepada salah satu platform logistik autonomi yang paling banyak digunakan secara komersial di dunia.

Pos Malaysia ke arah logistik lebih mampan

SAYS.com
Image via Pos Malaysia Berhad

Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar, menyifatkan inisiatif tersebut sebagai satu pencapaian penting dalam usaha mentransformasikan syarikat.

"Teknologi seperti Zelos bukan sahaja mewakili kemajuan dari segi automasi, malah berpotensi mengurangkan penggunaan bahan api, mengoptimumkan laluan penghantaran dan meminimumkan pembaziran dalam operasi harian, sejajar dengan komitmen syarikat terhadap kemampanan," katanya.

Sementara itu, Charles Brewer berkata pelancaran kenderaan autonomi ini membawa Malaysia ke era baharu logistik.

"Perintis autonomi ini adalah bukti komitmen kami terhadap inovasi, kecekapan, dan berkhidmat untuk masa depan negara.

"Kami amat berbangga memimpin perjalanan transformasi ini, dan kami bersemangat dengan potensi yang dibukanya untuk pelanggan kami dan seluruh negara. Ini adalah langkah pertama dalam perjalanan panjang dan menarik untuk Pos Malaysia,"
katanya.

Disokong 5G & digunakan di banyak negara

SAYS.com
Image via Pos Malaysia BerhadImage via

Menariknya, inisiatif itu turut disokong oleh sambungan rangkaian 5G yang disediakan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) bagi memastikan operasi kenderaan autonomi berjalan lancar dan selamat.

Untuk info, Zelos ketika ini telah mengendalikan lebih 15,000 kenderaan autonomi di beberapa negara termasuk China, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), melibatkan pelbagai aplikasi logistik dunia sebenar.

Pengalaman dan skala penggunaan ini menjadi asas kukuh untuk mempercepatkan penggunaan logistik autonomi Tahap 4 di Malaysia.

Sebagai langkah awal, Pos Malaysia dan ALS akan melaksanakan projek Proof of Concept (PoC) selama enam bulan dalam persekitaran operasi sebenar.

Projek berkenaan dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Futurise, bagi memastikan pematuhan terhadap rangka kerja peraturan, keselamatan dan pembangunan kenderaan autonomi negara.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: