Pos Barang Sebelum 16 Mac, Ini Tarikh Akhir Kurier Jika Nak Dapat Barang Sebelum Raya
Cepat beli barang raya korang sekarang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, beberapa syarikat kurier di Malaysia mula berkongsi tarikh akhir penghantaran bagi memastikan bungkusan sampai kepada penerima sebelum perayaan
Menurut laporan Kosmo!, pelanggan dinasihatkan untuk membuat penghantaran lebih awal bagi mengelakkan kelewatan disebabkan peningkatan jumlah bungkusan menjelang musim perayaan.
Antara syarikat yang mengeluarkan notis tersebut termasuk J&T Express, Ninja Van, City-Link Express, GD Express dan Pos Malaysia.

J&T Express sarankan pos sebelum 16 Mac
Menurut J&T Express, pelanggan yang membuat penghantaran dari Semenanjung ke Semenanjung Malaysia disaran mempos bungkusan sebelum 16 Mac bagi memastikan ia sampai sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Bagi laluan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak, serta sebaliknya, tarikh penghantaran optimum adalah sebelum 12 Mac.
Sementara itu, penghantaran antara Sabah dan Sarawak pula disarankan dibuat sebelum 14 Mac.

Ninja Van tetapkan tarikh berbeza ikut kawasan
Syarikat kurier Ninja Van memaklumkan bahawa tarikh penghantaran terakhir untuk memastikan bungkusan tiba sebelum Hari Raya adalah:
- 13 Mac bagi Sabah dan Sarawak
- 16 Mac bagi Semenanjung Malaysia
Selain itu, syarikat berkenaan turut menetapkan 13 Mac sebagai tarikh akhir pengambilan bungkusan bagi perkhidmatan tertentu.
Operasi penghantaran juga akan dihentikan sementara bermula 21 Mac dan disambung semula pada 23 Mac.
Bagi City-Link Express pula, pelanggan di Semenanjung Malaysia disaran menghantar bungkusan sebelum 16 Mac, manakala penghantaran ke Sabah dan Sarawak pula sebelum 13 Mac.
Operasi syarikat itu akan berjalan secara terhad pada 20 Mac sebelum ditutup sementara dari 21 hingga 23 Mac.
Sementara itu, GD Express turut menetapkan 16 Mac sebagai tarikh akhir pengambilan bungkusan di Semenanjung Malaysia.
Bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak, pelanggan disaran membuat penghantaran sebelum 13 Mac kerana bungkusan yang dihantar selepas tarikh tersebut hanya dijangka tiba selepas 24 Mac.
Pos Malaysia tutup beberapa hari sempena raya

Dalam masa sama, Pos Malaysia memaklumkan beberapa perkhidmatan penghantaran dan pengambilan bungkusan akan ditutup pada 21 dan 22 Mac sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Operasi juga akan ditutup pada:
- 23 Mac di Johor sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Johor
- 24 Mac di Johor dan Melaka sempena cuti Hari Raya Aidilfitri
Justeru, orang ramai yang merancang untuk menghantar bungkusan kepada keluarga atau rakan dinasihatkan membuat penghantaran lebih awal bagi memastikan ia sampai tepat pada waktunya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 