Porno Kanak-Kanak: Malaysia Kini Di Tangga Ke-3 Di Rantau ASEAN
Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus mengenai pornografi kanak-kanak.
Cover image via SAYSMalaysia dilaporkan menduduki tangga ketiga di rantau ASEAN bagi pemilikan dan pengedaran pornografi kanak-kanak
Menurut laporan *[The Star](http://www.thestar.com.my/)* dua hari lalu, **Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak polis (D11) Polis Bukit Aman, Deputi Supritendan Tan Gee Soon** memberitahu, maklumat itu dikongsi oleh polis antarabangsa.
Beliau berkata, Malaysia sehingga kini tidak mempunyai undang-undang yang khusus mengenai pornografi kanak-kanak, namun dilengkapi dengan undang-undang pornografi secara umum.
Kes kehilangan kanak-kanak dan remaja yang berkaitan rapat dengan kes penderaan seksual.
Image via www.mariafirdz.com
Tambahnya, pihak polis juga sedang mengkaji untuk meminda Seksyen 292 berkenaan yang hanya berkaitan dengan penjualan dan pengedaran bahan-bahan lucah.
Unit siasatan seksual juga telah mengemukakan cadangan untuk menggubal undang-undang anti-dandanan, katanya.
Salah satu mangsa penderaan seksual kanak-kanak, arwah adik Nurin Jazlin yang ditemui maut dalam keadaan yang sangat menyayat hati suatu ketika dulu.
Image via www.shahrulnizam.wordpress.com
Seperti yang dijangka, orang ramai begitu terkejut dengan laporan tersebut dan ada yang mendakwa laporan tersebut tidak benar dan fitnah dari pihak luar yang cuba mengancam imej negara kita
Image via Putera Azmi/Facebook


