Cik B Dakwa Pernah Masuk Alam Bunian Masa Balik Dari Kelantan – "Meremang Weh!"
Seramnya dengar, auto meremang!
Cover image via @sembangseram (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkongsi pengalaman seram apabila dia mendakwa pernah singgah di sebuah restoran yang dikatakan milik bunian
Menerusi temu bual podcast di TikTok Sembang Seram, Cik B menceritakan kejadian misteri itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Ipoh selepas menemani ibunya atas urusan kerja.
"Dalam perjalanan tu ada roadblock, polis pesan jangan seronok sangat. Lepas sejam, kereta terlanggar sesuatu dengan bunyi yang sangat kuat.
"Saya tidak keluar periksa kereta sebab kami berada di hutan dan waktu pun sudah malam. Kami bawa kereta perlahan-lahan dan saya nampak restoran bernama Nasi Ayam Malaysia," katanya.

Berhenti di restoran untuk periksa tayar, tiba-tiba…
Menurut Cik B lagi, restoran itu terletak di tepi gaung dan penuh dengan orang.
"Kami berhenti di restoran itu dan periksa tayar. Restoran tu penuh dengan orang, ada yang karaoke lagu Kuda Kepang tapi langsung tak pandang kami. Tiba-tiba ada bau macam bangkai tikus.
"Dekat kedai itu juga tiada kenderaan walaupun ramai orang. Mak cik saya lalu tempat yang sama tapi dia memang tidak nampak kedai makan itu," katanya lagi.

