POP MART Pilih Malaysia Lokasi Pertama Asia Tenggara Lancar Siri ‘CRYBABY Cry Me An Ocean’

Peminat berpeluang menyertai sesi tandatangan eksklusif bersama Molly yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei 2026.

Enlarge text
Cover ImageCover image via POP MART Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat hiburan berasaskan watak global, POP MART, secara rasminya memilih Malaysia sebagai destinasi pertama di Asia Tenggara bagi memperkenalkan acara berskala besar watak popular, CRYBABY

Menerusi kempen pelancaran siri terbaharu, CRYBABY Cry Me An Ocean, Orange Concourse di Sunway Pyramid bakal ditransformasikan menjadi dunia lautan penuh imaginasi bermula 14 hingga 24 Mei 2026.

Acara ini menggabungkan elemen emosi karakter CRYBABY dengan pengalaman runcit interaktif yang direka khas buat peminat tegarnya.

Sebagai gimik pembukaan, sebuah inflatables CRYBABY bersaiz gergasi telah mula dipamerkan di pintu masuk Blue Entrance Sunway Pyramid (berhampiran Sunway Lagoon) bermula 9 Mei 2026.

SAYS.com
Image via POP MART Malaysia

Kehadiran artis pencipta karakter CRYBABY, Molly

Kemuncak acara ini pastinya kehadiran artis pencipta karakter CRYBABY, Molly, yang bakal membuat penampilan sulungnya di Malaysia. Peminat berpeluang menyertai sesi tandatangan eksklusif bersama artis tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei 2026.

"Kehadiran pop-up berskala besar ini merupakan pencapaian penting buat POP MART Malaysia, selari dengan fenomena CRYBABY yang semakin melonjak di rantau ini. Kami mahu peminat merasai sendiri dunia karakter ini melalui pengalaman fizikal yang lebih dekat," jelas POP MART Malaysia dalam satu kenyataan.

SAYS.com
Image via POP Mart Malaysia

Selain berpeluang memiliki koleksi terbaharu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik dan sudut fotografi khas bertemakan lautan. Bermula 15 Mei 2026, setiap pembelian terpilih akan disertakan dengan hadiah eksklusif (selagi stok masih ada) seperti:

  • Pelitup mata (eye mask) bertema
  • Skarf eksklusif
  • Pelekat (stickers) koleksi terhad
  • Cenderamata istimewa CRYBABY

‎‎

Acara ini bukan sekadar pameran, malah menjadi simbol pengukuhan pengaruh POP MART dalam menerajui budaya pop moden dan komuniti box misteri di Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik