Polis Siasat Kes Pelajar Kolej Wanita Mati Tergantung, Mangsa Berkemungkinan Kenal Suspek

Difahamkan, mangsa tinggal bersama kakak dan sepupunya di rumah itu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis mengesahkan seorang pelajar kolej wanita berusia lingkungan 20-an yang ditemui mati tergantung pada kipas siling di kediamannya di USJ 2/1, Subang Jaya, Khamis lalu sebenarnya adalah mangsa bunuh

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.55 pagi daripada bapa mangsa yang menemukan anaknya di ruang tamu tingkat dua rumah tersebut.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mengesahkan punca kematian adalah pendarahan di sekeliling tulang hyoid (tulang leher) serta kecederaan pada otot dan tulang akibat manual strangulation (dicekik)," katanya.

SAYS.com
Image via Berita HarianImage via

Suspek berkemungkinan individu yang dikenali mangsa

Menurut Wan Azlan, siasatan awal mendapati tiada kehilangan harta benda dalam rumah tersebut.

"Berdasarkan semakan awal, berkemungkinan suspek adalah individu dikenali memandangkan tiada barangan yang hilang dari lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama kakak dan sepupunya, namun berada seorang diri ketika kejadian berlaku. Setakat ini, polis sudah merekodkan keterangan daripada 12 saksi untuk membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-2786 27100 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Zainol Aazizi Abu Bakar di 013-3227632.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: