Polis Siasat Kes Isteri Didakwa Dipukul Suami Selepas Mengidam Makan Ayam Gepuk
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan dan kini mendapat rawatan di hospital.
Cover image via Berbisnisyuk & Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hasrat seorang suri rumah untuk melepaskan kempunan memakan ayam gepuk berakhir dengan tragedi apabila dia menjadi mangsa belasahan suaminya sendiri dalam satu kejadian di sebuah flat di Jalan Ikan Ayu, Cheras, Rabu lalu
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 petang itu tercetus apabila mangsa menyatakan keinginannya untuk menikmati hidangan tersebut, namun permintaannya bukan sahaja ditolak, malah dibalas dengan kemarahan sebelum suspek bertindak nekad memukulnya.
Mengulas mengenai insiden tersebut, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan rasmi berkaitan kejadian berkenaan pada jam 9.03 malam, hari yang sama.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Ayam BismiSuspek bertindak mencekik leher mangsa
Berdasarkan kenyataan beliau, siasatan awal mendedahkan bahawa insiden tersebut berlaku ketika mangsa sedang berada di kediaman mereka.
Segalanya bermula apabila wanita berkenaan menyatakan keinginan untuk memakan hidangan tersebut kerana sedang mengidam, namun permintaan itu sebaliknya mencetuskan kekasaran daripada pihak suaminya.
"Mangsa mendakwa permintaan tersebut menyebabkan suspek berang sebelum memaki hamun.
"Suspek kemudian bertindak mencekik leher mangsa serta mengambil sebilah pisau sayur dan meletakkannya di bahagian leher wanita itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, suspek bertindak menampar muka serta menumbuk kepala mangsa dalam kejadian tersebut.
"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan leher sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.
"Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Mohd Rosdi menyatakan bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



